Latest News

Tuesday 1 September 2015

Niat Yang Tersirat Sebenarnya Dakwaan Merapuh!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Apa sebenarnya niat yang tersirat... Oleh FB Jalin Luin (screenshot)

DATUK Seri Salleh Said Keruak melihat kepada semangat parti Umno. Setiap ahli Umno bergantung kepada semangat dalam parti yang bererti setiap ahli perlu mempertahankan parti. Mempertahankan parti juga bererti mempertahankan kepimpinan parti. 

Jikalau pemilik facebook ini merupakan seorang ahli Umno, parti perlu memecat dan membuangnya daripada parti kerana keberadaannya dalam parti hanya membawa rebah.

Tun Dr. Mahathir telah mendidik sebahagian besar pemimpin yang ada sekrang termasuk Salleh dan mantan Perdana Menteri itu juga telah 'brain wash" semua pemimpin yang ada bahawa menjatuhkan kerajaan melalui kekerasan seperti demonstrasi merupakan tindakan yang melanggar tatasusila demokrasi dan sistem perundangan negara. Namun dipengakhir usia beliau, semua itu telah dilanggar beliau sendiri malah menggalakkan rakyat memberontak.

Pemilik facebook tersebut sememangnya buta fakta kerana semasa PRU-12, Tun Dr. Mahathir telah berkempen menentang Umno. Sebagai akibatnya, UBN (Umno/BN) kehilangan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat dengan hanya mendapat 140 kerusi Parlimen. Namun, pada PRU-13 Tun Dr. Mahathir kempen bermati-matian menyokong Umno dan BN dan sebaliknya jumlah kerusi yang diperolehi UBN hanya 133 kerusi iaitu kurang 7 berbanding PRU sebelumnya. 

Sebenarnya, Tun Dr. Mahathir tiada kemampuan lagi menarik sokongan rakyat kerana sebaliknya mantan Perdana Menteri lebih berimpak kepada sokongan kepada parti pembangkang.

Pada perhimpunan Bersih 4.0 yang disertai Tun Dr. Mahathir, 95 peratus peserta adalah ahli dan penyokong DAP. Sudah tentunya peserta himpunan itu menyambut baik kehadiran beliau kerana sememangpun, mereka itu adalah penentang kerajaan.

Sekiranya pemilik facebook tersebut mahu menyokong Tun Dr. Mahathir, tiada sesiapa yang melarang kerana sememangnya facebooker itu lebih condong kepada pemikiran pembangkang.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook