Latest News

Monday 28 September 2015

Perjalanan Parti PBS

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Apa musim sekarang ini? Balik-balik orang tua ini puji diri sendiri... Oleh FB Page The future of sabah and sarawak the federation of malaysia (screenshot)
(ii) Adoiii dogo.... Napa si tua ni mengipas diri dia sendiri ni... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshort)

PARTI PBS mempunyai pengalaman yang berliku sebagai parti politik. Bermula dengan kemenangan pada PRN Sabah tahun 1985 dan terus memerintah negeri sehingga tahun 1994.

Selepas kehilangan kuasa sebagai parti pembangkang, PBS menyertai semula BN pada tahun 2002 sehingga kini.

PBS merupakan parti kedua terbesar dalam BN Sabah selepas parti UMNO.

Kebanyakan pemimpin UPKO dan PBRS merupakan mantan-mantan kepada pemimpin PBS suatu masa dahulu.

Kini, PBS berganding bahu dengan komponen BN Sabah untuk memastikan agar BN terus memerintah negeri. 

Kehadiran PBS dalam komponen BN Sabah adalah untuk memastikan kaum KDM senantiasa bersama-sama rakyat dengan kumpulan lain memerintah Sabah sebagai satu pasukan yang utuh.

PBS mempunyai pengalaman sebagai parti pembangkang. Untuk itu, kehadiran parti itu dalam kumpulan BN dapat memantapkan BN kerana para pemimpin parti itu serba sedikit mengetahui keperluan sebagai pembangkang.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook