Latest News

Tuesday 15 September 2015

SABAH TERUS MEMBANGUN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Pada 16 September ini genaplah umur... Oleh Blog Bobohizan (screenshot) (screenshot)

KADAR kemiskinan Sabah pada masa kini sudah menurun di bawah 8% berbanding semasa kerajaan Sabah di bawah pentadbiran pembangkang di mana kemiskinan pada masa itu adalah hampir 20%.

Sabah menjadi miskin kerana pentadbiran atau pemerintahan di bawah naungan kaum seperti pemilik blog itu. 

Penyebab kemiskinan kerana kurangnya kegiatan ekonomi yang boleh mendorong peningkatan pendapatan rakyat.

Sejak Sabah diperintah Umno bermula pada tahun 1994, pelbagai rancangan dan program telah dijalankan dan puncaknya bermula tahun 2003 apabila Datuk Seri Musa Aman dilantik sebagai Ketua Menteri. Beliau yang mempunyai latar belakang sebagai peniaga dan banker menggariskan hala tuju Sabah sebaik sahaja dilantik. Hala tuju itu sebagai garis panduan dan sasaran bagi Sabah untuk maju.

Benar juga selama lebih sedekad simpanan kewangan Sabah terus kukuh malah membuat rekod berterusan kerana dapat mempunyai simpanan RM3 bilion sedangkan sebelum ini hanya berlegar-legar pada angka RM100 juta sahaja. Malah, satu masa lalu kewangan Sabah pernah mengalami kedudukan yang rendah dan negatif.

Sabah di bawah pentadbiran Datuk Seri Musa Aman yang terus menghuraikan langkah untuk maju. Perkara ini dapat dilihat melalui bajet kerajaan negeri yang membuat rekod dengan jumlah melebihi RM4 bilion di mana bajet tersebut tidak pernah dibuat sebelum ini.

Satu perkembangan yang baik untuk Sabah sejak Datuk Seri Musa Aman dan Umno memerintah Sabah adalah pembinaan jalan raya meningkat kepada lebih 1440 Km berbanding jalan raya di Semenanjung yang berjarak kurang daripada 700 Km. Pembinaan jalan raya tersebut tidak termasuk Projek Lebuhraya Pan Borneo (Trans Borneo Highway).

Memang diakui jalan raya Sabah masih kelihatan tidak moden sebabnya keluasan Sabah yang terlalu luas selain taburan penduduk yang tidak merata.  Sabah hanya mempunyai rakyat kurang daripada 3 juta berbanding Semenanjung yang lebih daripada 20 juta penduduk. Jumlah penduduk adalah pemangkin kepada aktiviti ekonomi. Jika Sabah ingin cepat maju, penduduk yang diperlukan sekurang-kurangnya 15 juta. Walaubagaimanapun, jumlah itu tidak akan dapat dicapai dalam tempoh setengah abad.

Kategori rakyat yang miskin hanya melalui ukuran statistik. Namun, tidak pernah didengari di Sabah mengenai isu orang kelaparan dan juga tidak pernah ada isu bahawa ada rakyat Sabah yang tidak mempunyai kediaman sendiri.  

Sebenarnya, jika teliti dengan betul tiada rakyat Sabah yang miskin sebagai diklasifikasikan 'miskin tegar'. Yang ada hanyalah kurang wang ringgit dan bajet. Data statistik yang digunakan adalah mengukur taraf kemiskinan dengan menggunakan wang ringgit. Namun, hal tersebut masih tidak memasukkan pendapatan rakyat daripada hasil ladang, sawah, penternakan atau perikanan
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook