Latest News

Thursday 10 September 2015

SAMBUTAN HARI MALAYSIA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  HIMPUNAN RAKYAT BERSATU Oleh FB Page Remove Musa Remove UMNO Sabah (screenshot) (screenshot)
(ii) PTI lr yang sokong BN UMNO Sabah Oleh FB Juin Molondoi (screenshot)
(iii) Betul la orang seberang cakap orang Sabah senang kena beli Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

BAGI mereka yang bangga menyambut hari kelahiran negara merupakan masa yang ditunggu-tunggu setiap tahun. Namun, bagi mereka yang tidak seperti pemilik page tersebut bukan sahaja tidak mahu menyambut malah membuat dakwaan palsu dan direka-reka.

Dapat dirasakan bahawa pemilik page itu langsung tidak mahu menghargai hari Malaysia kerana hanya dilahirkan di negara ini tanpa kad pengenalan di negara ini melainkan kad pengenalan penjajah. Kehadiran dalam negara ini hanya menumpang, makan dan minum. Malah, menjadi penagih dadah ekoran budaya itu merupakan budaya mereka yang tidak mengenal apa itu erti kemerdekaan.

Oleh kerana pemilik page itu saban hari mabuk dan khayal. Maka, apa yang ditulis pun merupakan dakwaan yang merepek umpama seperti "tidak tahu hujung dan pangkalnya".

Begitu bodohnya pemilik page itu sehingga tidak tahu bahawa saban tahun sejak Dato' Seri Najib Razak dilantik sebagai Perdana Menteri berlaku penggiliran kehadiran Perdana Menteri sama ada di Kuching, Sarawak mahupun Kota Kinabalu, Sabah. Tujuan kehadiran adalah bagi menunjukkan tanda terima kasih kepada rakyat kedua negeri itu kerana terus setia bersama Malaysia.

Rakyat Sabah atau Sarawak akan bersama-sama Perdana Menteri merayakan hari keramat 16 September sama ada di Padang Merdeka, Kota Kinabalu atau Kuching, Sarawak.

Setiap tahun, baju yang dipilih bertukar-tukar warna manakala pada tahun ini dipilih baju berwarna merah. Tujuan pemilihan baju sama warna agar nampak cantik dan menandakan bahawa rakyat Sabah dan Sarawak tetap terus berdiri teguh di bawah naungan negara dan sebarang ancaman akan dihadapi bersama sesuai dengan tema Hari Malaysia tahun ini .
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook