Latest News

Tuesday 15 September 2015

SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sabah minta kasihan dgn pemimpin Malaya Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)
(ii) Pairin Kitingan dan PBS Berikrar Taat Setia Kepada Najib Tun Razak Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

BAGI mereka yang berpura-pura tidak tahu berkenaan sistem pemerintahan Malaysia, AFS ingin menghuraikan sepintas lalu.

Kerajaan yang dibentuk berasaskan parti dan parti yang mempunyai jumlah kerusi terbanyak dilantik sebagai Perdana Menteri di peringkat persekutuan. Manakala di sesebuah negeri pula akan dilantik sebagai Ketua Menteri atau Menteri Besar.

Di peringkat Persekutuan, parti yang mempunyai banyak kerusi adalah Umno. Maka, secara semulajadinya Presiden parti itu dilantik sebagai Perdana Menteri. Manakala di Sabah, Umno juga mempunyai banyak kerusi dan begitu juga Ketua Menteri adalah daripada Umno walaupun sebelum ini pernah berlaku Presiden parti minoriti yang pernah dilantik sebagai Ketua Menteri dalam sistem penggiliran Ketua Menteri. Malangnya, di mana sistem itu tercatat lebih banyak membawa keburukan dalam pentadbiran negeri.

Dalam parti yang memerintah yang dipanggil sebagai komponen Bn, parti yang mempunyai banyak kerusi juga dilantik sebagai Pengerusi manakala semua Presiden parti merupakan anggota majlis Presiden parti Bn.

Jika ada Presiden parti komponen membuat cadangan atau memorandum untuk dilaksanakan oleh kerajaan, maka biasanya para presiden parti akan mencadangkan kepada Pengerusi untuk tindakan lanjut. Itulah caranya bagaimana Bn mengurus dan mentadbir kerajaan dan parti. 

Dakwaan kononnya pemimpin Sabah terhegeh-hegeh meminta sesuatu adalah suatu dakwaan yang bukan berlandaskan kepada keadaan sebenar. Mereka itu hanya menilai daripada luaran kerana tidak tahu duduk perkara sebenar.

Dalam sistem pemerintahan Bn, perbincangan melalui semangat muafakat dan kerja berpasukan menyebabkan kerukunan dan keutuhan yang tinggi terhadap gabungan tersebut.

Semangat dan cara mentabir dalam Bn, tiada pemimpin yang menguasai pemimpin lain melainkan melalui sistem itu diamalkan semangat kekitaan, saling bantu-membantu antara satu sama lain demi faedah rakyat secara keseluruhannya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook