Latest News

Wednesday 23 September 2015

Sudah Sekian Lama JPN Sabah TURUN PADANG

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) JPN perlu turun padang selasai masalah penduduk tempatan tiada MyKad : Upko... Oleh FB Yoku tanak (screenshot)

JPN Sabah sudah turun padang sekian lama bermula pada tahun 60-an lagi. Jabatan itu akan terus menjalankan pendaftaran penduduk rakyat Sabah di kawasan terpencil dengan disertai para pegawai mahkamah.

Memang Jabatan itu menyedari bahawa adanya rakyat yang berada di kawasan terpencil. Ramai yang tidak memiliki kad pengenalan bermutu tinggi dan atas sebab itu, tindakan berterusan dijalankan oleh jabatan tersebut dengan kerjasama semua pihak khususnya para pemimpin tempatan, parti-parti politik serta para NGO.

Baru-baru ini, jabatan itu telah turun ke Sandakan disertai dengan Presiden Mahkamah Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum bagi proses pendaftaran dan pengesahan penduduk yang diberikan kad pengenalan.

Kawasan-kawasan seperti Beluran, Kinabatangan dan kawasan pedalaman lain juga masih ramai rakyat yang tidak mempunyai myKad sehingga menyukarkan penduduk untuk berurusan termasuklah pendaftaran sekolah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook