Latest News

Tuesday 1 September 2015

SUDAH TAHU PALSU, TANGKAP SAJALAH!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) MyKad RM300 dari Sabah... Oleh FB melvin jalkul imbayan (screenshot)

CUBA tanya pada diri sendiri, apakah urusan kerajaan dengan kad pengenalan palsu? 

Kad pengenalan palsu adalah satu bisnes yang dilakukan oleh sindiket pemalsuan kad pengenalan negara. Dengan sebab itu, kerajaan menubuhkan RCI Pati Sabah untuk mengenal pasti bagaimana dan siapa yang terlibat dalam pemalsuan tersebut.

Walaupun RCI Pati Sabah telah selesai dan laporan sudah dikeluarkan, namun hambatan utama kerajaan adalah menjejaki sindiket pemalsuan tersebut kerana modus operandi mereka yang bersifat bergerak dan rahsia.

Sabah telah mengistiharkan akan terus memburu, menangkap dan menghantar peluang semua mereka yang memilki kad pengenalan palsu termasuk mereka yang terlepas ke negeri-negeri lain.

Tidak dinafikan ada pihak-pihak tertentu di pintu keluar negeri terlibat dengan sarang pelepasan mereka yang memiliki kad pengenalan palsu hanya kerana bermotifkan wang.

Yakinlah sementara waktu berjalan, mereka yang mempunyai kad pengenalan palsu, di manapun berada akan tertangkap jua!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook