Latest News

Monday 21 September 2015

TABIAT YANG TIDAK BAIK

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Keadaan tempat pembuangan sampah... Oleh FB Dato'Jainis Onos (screenshot)

TEMPAT pembuangan sampah telah disediakan. Namun, pihak yang mengangkut dan membuang sampah ambil jalan senang dan mudah tanpa memikirkan pengguna yang lain

Tabiat yang tidak baik ini adalah daripada pekerja atau syarikat yang membuang sampah tersebut dan bukanlah atas arahan kerajaan. Sebaliknya, tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tidak amanah adalah daripada pihak berkenaan.

Terima kasih kepada pihak yang memberi maklumat dan memberi gambar ini kerana pihak berkuasa dapat mengenal pasti bahawa tindakan pihak yang ditugaskan untuk membuang dan mengangkut sampah dapat diketahui. Selain itu, melalui gambar dan maklumat tersebut juga dapat diketahui siapa dalang kepada longgokan sampah sehingga tertumpah di jalan raya.

Memang benar tindakan membuang sampah seperti itu membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Disarankan sesiapa yang mempunyai maklumat termasuk pemilik akaun facebook tersebut agar dapat memaklumkan kepada pihak pejabat daerah Tenom bagi menyiasat dan mengetahui siapa yang menjadi dalang terhadap perbuatan tersebut.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook