Latest News

Friday 18 September 2015

TIADA KEPERLUAN UNTUK RAKYAT SABAH MENINGGALKAN MALAYSIA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) 18/20 PERKARA itu adalah Asas... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

RAKYAT Sabah lebih bahagia bersama Malaysia atas sebab budaya dan adat resam seluruh rakyat adalah hampir sama. Tidak mungkin rakyat Sabah mengikut jejak Doris Jones yang telah menukar budaya dan tradisi sendiri.

Rakyat Sabah tidak kenal warna kulit dan agama melainkan kemajmukan merupakan kepada ikatan yang semakin kukuh.

Rakyat Sabah tidak gemar apa itu point-point seperti mana yang diwar-warkan oleh puak-puak SSKM dan Doris Jones oleh kerana ianya tidak boleh menyumbangkan kepada kesejahteraan rakyat malah menjadi penghalang untuk rakyat bergerak maju.

Berbincang berbagai point-point seperti yang disebut adalah sama dengan mempersoalkan mengapa Doris Jones yang lahir di Sabah dan berstatuskan warga negara kemudian bertukar negara? Ertinya, perbincangan tersebut tidak memberikan apa-apa manfaat.

Majoriti rakyat Sabah berdiri teguh di belakang Persekutuan Malaysia. Oleh sebab itu, setiap tanggal 16 September jutaan rakyat negeri ini menyambut hari Malaysia. 

Rakyat Sabah sudah mengetahui bahawa tindakan menghasut oleh Doris hanya kerana untuk mendapatkan sumber kewangan. Beliau telah menjadikan SSKM sebagai entiti perniagaan untuk mendapatkan sumber kewangan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook