Latest News

Thursday 10 September 2015

Tulun Sabah Macam SUPERMAN!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sabah Sudah Maju Di Tahun 2015 kata Musa Aman... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

HEBAT betul Tulun Sabah sehingga guru-guru yang bertugas menghantar dan menjaga kertas peperiksaan UPSR pun boleh diikuti. 

Jika sekolah itu wujud dan memang jalan itu merupakan laluan utama ke sekolah itu, mengapa ianya hanya timbul sekarang? Takkan sekian lama seorang pegawai kerajaan pun atau guru-guru tidak pernah melalui jalan tersebut?

Biasanya, jalan seumpama ini adalah jalan ke ladang persendirian atau jalan untuk berburu. Jikalaulah jalan itu menuju sebuah sekolah tidak mungkin jambatan sekecil dan sependek ini pun tidak terbina.

Jika sekolah SK Pohon Batu memang wujud, bagaimana sekolah itu dibangun? Sudah tentu pengangkutan bahan bangunan seperti simen, batu, papan dan sebagainya memerlukan jalan sempurna dan bukannya titi kayu seperti ini.

Anti Fitnah Sabah (AFS) sudah menghantar gambar ini kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri untuk memberi ulasan namun jawapan belum diperolehi.

Nampaknya, jika benar jalan ini merupakan jalan yang satu-satunya ke SK Pohon Batu? Adalah diharapkan wakil rakyat kawasan itu iaitu Datuk Bobby A. Suan perlu bertindak dengan secepat yang mungkin.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook