Latest News

Tuesday 1 September 2015

TUN M TIDAK HADIR SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2015


KALI ini Tun M buat kerja gila kerana hadir 2 kali perhimpunan BERSIH 4. Hari pertama hadir waktu Maghrib di Dataran Merdeka dan kali kedua hadir di Pasar Seni serta memberikan ucapan. Tetapi, kedua-duanya tetap gagal menarik sokongan orang Melayu menyertai BERSIH 4. Bila Tun M keluar UMNO di zaman Pak Lah, tidak ada siapa yang ikuti jejak dia. Akhirnya, Tun M menebal muka masuk semula UMNO. Kini, Tun M buat hal lagi! Justeru, ahli UMNO jangan segan silu menegur Tun M walaupun dia banyak jasa. Tindakan menghadiri BERSIH 4 adalah sudah melampau! Apatah lagi hari ini dia tidak hadir ke Majlis Sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka. Nampaknya, Pak Lah lebih negarawan berbanding Tun M pada hari ini.

Tun M perlu diingatkan bahawa 'track rekod' beliau semasa menjadi PM tidak semuanya bersih. Sekadar menyebut beberapa contoh seperti memecat Ketua Hakim Negara, 5 Ketua Hakim Mahkamah, menjamin syarikat anak beliau sendiri iatu Mirzan dan UMNO diharamkan apabila terkesan konflik kumpulan A dan B. Ini termasuk skandal pertukaran wang asing Bank Negara yang menyebabkan negara kerugian berbilion ringgit.

Ringgit jatuh hampir 50% daripada RM2.50 kepada RM4.84 berbanding Dolar Amerika. Bank interest naik sampai 18% dan pasaran saham jatuh sebanyak 75% di bawah 270 mata. Semua orang tahu tujuan Danaharta diwujudkan oleh Tun M ketika itu adalah justifikasi untuk bailout syarikat perkapalan anaknya sendiri iaitu Mirzan termasuk syarikat kroni Tun M seperti Renong, Taiping Consolidated dan UEM.

Banyak bank tidak dapat memberikan pinjaman dan kredit. Dana modal terpaksa diwujudkan untuk menyelamatkan mereka. Rizab pertukaran asing cuma tinggal RM20 Bilion dan hanya mampu membuat pembiayaan 2.7 kali ganda import negara iaitu di bawah tahap standard antarabangsa. Bilakah itu berlaku? Tahun 1998. 

Apakah Tun M letak jawatan?

UMNO ketika itu tenat setelah Anwar dipecat. Ramai yg ditahan di bawah ISA termasuk Zahid dan Dr. Zambry Abdul Kadir. Reformasi jalanan ketika itu amat luar biasa. Berminggu dan berbulan untuk menjatuhkan Tun M.

Maka, tidak ada sebab untuk kita ikut emosi Tun M. Kita utamakan parti bukan mahu hancurkan parti. Cara Tun M sebenarnya menghancurkan UMNO.


Bangkitlah dengan berani menegur Tun M. Cara dia sebenarnya akan menjahanamkan UMNO. Bukan Najib yang menghancurkan UMNO terutama apabila Tun M menyertai BERSIH 4.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook