Latest News

Monday 26 October 2015

40 Peratus Nilai Bersih Pendapatan Persekutuan di Sabah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) KINABALU TODAY BY PLUTO JAMES Oleh FB Mary Siah (screenshot)

PERKIRAAN 40 peratus daripada nilai bersih pendapatan persekutuan di Sabah yang dihentikan pada tahun 1975 masih dalam kajian. Apakah implikasi terhadap peruntukan persekutuan ke atas Sabah secara keseluruhan? Asas kepada pemberhentian tersebut pada tahun 1975 kerana perolehan bagi Sabah berasaskan perkiraan tersebut terlalu kecil berbanding keperluan Sabah yang jauh ketinggalan daripada semua segi aspek pembangunan, kos dan ekonomi.

Sebagai misalnya, peruntukan daripada Persekutuan untuk Sabah pada tahun 2016 melebihi RM10 bilion. Sedangkan pendapatan Persekutuan daripada Sabah adalah kurang daripada RM2 bilion pada taksiran tahun 2016. Jikalaupun diambil 40 peratus daripada nilai kasar tersebut, ianya hanya berjumlah RM800 juta. Ertinya, jika peruntukan daripada Persekutuan diasaskan kepada 40 peratus, maka Sabah tidak akan dapat memenuhi obligasinya terhadap pembangunan secara optimum.

Datuk Seri Yong Teck Lee hanya bercakap sebagai seorang ahli politik bukan berasaskan angka semata-mata. Kementerian Kewangan lebih arif berkaitan dengan peruntukan untuk Sabah dan Sarawak kerana Perdana Menteri telah memberi jaminan bahawa infrastruktur dan pembangunan bagi dua buah negeri tersebut perlu dipercepatkan bagi mengejar hal-hal 'ketinggalan' berbanding dengan Semenanjung.

Terlibat bagaimana peruntukan pembangunan bagi seluruh negara pada tahun 2016 yang berjumlah RM51 bilion dan RM29.5bilion daripada jumlah tersebut diberikan kepada Sabah dan Sarawak dimana kadar tersebut  lebih 50 peratus.

Lambat-laun, Perdana Menteri akan mengumumkan hasil kajian bagi perolehan 40 peratus nilai bersih pendapatan Persekutuan daripada Sabah. Apakah lebih besar atau kecil berbanding peruntukan yang diberikan pada masa ini.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook