Latest News

Thursday 8 October 2015

Al-Kisah Jalur Lebar Internet: Ketam Menyuruh Anaknya Berjalan Lurus

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Bikin malu sabah seja Oleh FB Page Remove Musa Remove UMNO Sabah (screenshot)

PADA kebiasaannya, mereka-mereka yang tiada kemampuan dari segi akal, ilmu dan keupayaan menjadi pemimpin majoriti rakyat dengan semudahnya akan terus menuduh mereka yang mempunyai kelebihan tersebut sebagai bodoh, hodoh atau jelek malah tidak berguna! Ini seperti perumpamaan peribahasa "ketam menyuruh anaknya berjalan lurus" sedangkan dirinya sendiri tidak mampu berbuat demikian.

Inilah yang berlaku kepada pembangkang apabila terperangkap dengan kenyataan-kenyataan berfakta daripada pemimpin kerajaan terutamanya seperti Datuk Seri Salleh Said Keruak dan Dato' Abdul Rahman Dahlan.

Pembangkang paling tidak gemar dengan kenyataan-kenyataan dua menteri daripada Kota Belud itu berikutan kenyataan-kenyataan mereka sukar dibantah oleh pembangkang kerana jawapan mereka berfakta dan benar.

Sebagai contoh, kenyataan Salleh berkaitan dengan penggunaan internet dalam negara. Kenyataan itu disokong oleh statistik data sebenar daripada jaringan komunikasi negara khususnya Telekom Malaysia.

Pembangkang ingin internet yang laju tetapi tidak mahu membayar kos internet melainkan mereka hanya mahu internet yang laju dengan bayaran murah.

Dalam negara, terdapat beberapa pakej internet ditawarkan iaitu bermula daripada pakej capaian laju kepada sederhana. Berasaskan data penggunaan dalam negara, 71 peratus pengguna lebih gemar memilih kelajuan internet yang sederhana walaupun pakej internet berkelajuan tinggi ditawarkan.

Kerajaan mempunyai matlamat yang lebih mengutamakan liputan berbanding kelajuan dan kos.

Pembangkang hanya tahu bercakap tetapi tidak mampu memberi jalan alternatif. Seperti kata Salleh, KKMM menyediakan dana RM9 bilion untuk menaik taraf internet dalam negara kerana kerajaan mempunyai target/sasaran pada tahun 2020 di mana sekurang-kurangnya 95 peratus rakyat mendapat capaian internet. Manakala pembangkang yang tinggal di bandar pula hanya mahu kelajuan internet bagi tujuan politik agar mereka lebih mudah menyebarkan berbagai dakyah kotor mereka di laman sesawang. Agak-agaknya, ketam yang dimaksudkan dalam peribahasa itu adalah jauh lebih baik daripada pembangkang. Siapa tahu!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook