Latest News

Thursday 15 October 2015

Blog Tidak Menulis Yang Benar: ISA Dan SOSMA Jadi Mangsa Politik

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Perlu juga Datuk Salleh Said tahu Oleh Blog Kihampau Tohoh (screenshot) (screenshot) (screenshot)

TERLIHAT benar penulis blog tersebut yang tiada bermaksud menulis yang benar sebaliknya memesongkan fakta semata-mata.

Entah apa tujuan blogger ini dengan menulis di dunia siber dengan ulasan yang jauh menyimpang? Apa motif sebenarnya?  Katanya, kenyataan Salleh menyimpang jauh ke lautan Hindi. Anda pula lautan apa?

Biasanya, penulis seperti ini adalah termasuk dalam kategori gosip dan hanya mahu mengaburi warga pembaca dan netizen agar untuk melayari blog miliknya yang hanya untuk menaikkan hits dan ranking blog sahaja. Yang lain, he doesn't mind! Tak percaya? Sila kunjungi blognya.

Penulis blog ini mengambil beberapa laporan atau artikel akhbar daripada luar dan kemudian mengumpulnya menjadikan sebuah artikel yang mantap! Dan akhir sekali, mengulas dan menjadikan satu rumusan padat dengan menukarkannya kepada putih ke hitam serta menokok tambah dengan fakta yang kurang tepat. Tidak kira betul atau salah, hentam sajalah! Saappppp! Siap dan duit pun masuk!

Tiada makna tersirat yang dimaksudkan dalam petikan Salleh itu. Sebaliknya, keterangan yang dibuat adalah straight talk! Saudara admin, di dalam ulasan anda ada menyatakan kedua pesalah tersebut tidak melakukan keganasan dan tahanan mereka adalah salah laku yang tidak melalui proses undang-undang. Benar? Tetapi AFS ingin menanyakan anda, adakah mensabotaj negara adalah satu kesalahan yang ringan jika dibandingkan keganasan yang anda istilahkan? Apakah impaknya terhadap negara sekiranya tidak dibendung? Fikir-fikirkan!

Jangan cuba lari dari konteks yang diulas saudara. Hukuman mati tetap sahaja dilaksanakan walaupun dalam akta ISA pada satu ketika dahulu sekiranya kesalahan besar adalah benar-benar dilakukan. Ya! Kesalahan besar sahaja! Satu perenggan yang agak mencuit hati membacanya apabila saudara mengulas sedemikian. 

Apa?! Sosma lebih kejam berbanding ISA? Saudara benar-benar seperti seorang yang seolah-olah tidak tahu sejarah ISA atau berpura-pura tidak tahuYou can ask by yourself to Dr. Jeffrey how cruel the ISA is then you will know!

Peliknya lagi, kenapa pula saudara admin terlepas pandang mengenai kebaikan Sosma yang masih membolehkan seseorang (pesalah) itu membela diri di mahkamah dan akan dibebaskan jika tidak bersalah dan tidak kepada ISA? Nampak sangat ulasan anda yang sangat memesongkan. Ada yang diulas ada yang tidak dan pastilah ada udang di sebalik batu. Tak gitu, saudara? 

Untuk makluman seluruh warga pembaca yang dihormati, apa-apa saja tulisan dalam blog ini adalah bukannya perkara atau fakta yang benar dan berasas melainkan hanya ilusi pemilik blog itu sahaja. Jangan layan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook