Latest News

Thursday 29 October 2015

"Come To My Office" Tindakan Bijak Dan Berakal

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) KM Sarawak bersuara mengikut... Oleh FB The Future of Sabah/Sarawak and the Federation of Malaysia (screenshot)

MEREKA yang bersuara atau bercakap dikhalayak ramai seperti penjual ubat atau dalam bahasa pemasaran "tally marketing". Percakapan mereka tidak akan kemana-mana kerana melalui cara itu tidak akan dapat dirumuskan satu keputusan yang bijak.

Oleh kerana Datuk Seri Musa Aman mahu menyelesaikan sesuatu isu yang dibangkitkan oleh pembangkang, maka beliau menjemput Adun tertentu tersebut datang ke pejabatnya. Hal ini kerana dipejabatnya tersedia berbagai data, fail, laporan dan fakta yang boleh dilihat sendiri oleh Adun tersebut. Manakala melalui sidang DUN, tidak memungkinkan data atau dokumen-dokumen diberikan kerana ada dokumen yang termasuk dalam Akta Rahsia Rasmi 1972.

Perbezaan orang bijak dan berakal dengan mereka yang tin kosong adalah melalui tindakan. Bagi mereka yang bijak dan berakal akan memilih cara Datuk Seri Musa Aman. Manakala yang kurang bijak akan memilih tin kosong.

Lihat perbezaan berkaitan dengan penglibatan dalam industri minyak di Sabah. Dengan secara diam-diam menubuhkan M3Energy Bhd bagi meneroka minyak dan gas di kawasan Sabah. Sabah memilih penglibatan langsung berbanding meminta kenaikan royalti. Ini kerana menurut Datuk Seri Musa Aman, kenaikan royalti lebih kecil manfaatnya kepada rakyat Sabah berbanding dengan penglibatan Sabah sendiri dalam industri minyak. Kini, pemimpin Sarawak juga telah ikut cara Musa tersebut dan secara diam berbincang secara empat mata. Hasilnya, semua kontraktor membina Pan Borneo di kawasan Sarawak dilaksanakan oleh kontraktor Sarawak.

Apa guna bising-bising dalam satu keluarga sedangkan boleh berbincang secara terus dan langsung. Pemilik facebook tersebut menyamakan Datuk Seri Musa Aman dengan pemimpin pembangkang yang hanya tahu menyalak tanpa memberi kesan kepada kerajaan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook