Latest News

Saturday 17 October 2015

DAKWAAN PALSU Terhadap Jalan Laluan SK Pohon Batu, Nabawan

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Rakyat Sabah pula miskin. inilah wawasan 2020 Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

MENURUT Jabatan Pelajaran Sabah, tiada rekod bahawa petugas UPSR tahun 2015 pernah melalui jalan seumpama itu. AFS telah menyiasat sendiri dan telah menghubungi jabatan tersebut bagi mengetahui kebenarannya. Ini adalah benar-benar dakwaan palsu yang sengaja dibuat-buat!

Jalan yang dipaparkan merupakan jalan ke hutan Nabawan atau mungkin tidak di mana yang selalu digunakan oleh pemburu-pemburu binatang liar. Setakat ini, masih kurang kesahihan yang AFS terima mengenai gambar tersebut. Mereka yang terdapat dalam gambar itu adalah mungkin saja para pemburu binatang liar atau seumpamanya dan bukanlah petugas peperiksaan UPSR.

Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah telah mengesahkan bahawa jalan tersebut bukanlah jalan yang menuju ke sebuah sekolah pedalaman Nabawan iaitu Sk Pohon Batu. Ini kerana kebanyakan jalan ke sekolah di pedalaman Sabah khususnya masih boleh dilalui melalui jalan darat di mana jika ada sungai maka jambatan telah dibina.

Sekali lagi AFS menegaskan ini adalah dakwaan palsu yang sengaja dibuat-buat dan mengaitkan kerajaan serta memburukkan imej kerajaan khususnya Jabatan Pelajaran Sabah. Diharap warga pembaca dapat menilainya terlebih dahulu dan tidak terus percaya serta termakan bulat-bulat terhadap tulisan post seperti ini. 

Pemilik facebook tersebut hanya sengaja membuat dakwaan melulu yang tidak sesuai dengan fakta yang sebenar. Noktah!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook