Latest News

Tuesday 27 October 2015

Hanya Dakwaan Rekaan Ismaily Bungsu C

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) GERAKAN BUAT IC DAFTAR UNDI Oleh FB Ismily Bungsu C (screenshot)

SAYANG sungguh sebagai mantan pegawai kerajaan Ismaily Bungsu C sanggup membuat cerita rekaan.

Inilah masalahnya jika seseorang itu kemaruk mendapat sokongan rakyat sedangkan pemiliknya tiada kapasiti untuk disokong agar menjadi perhatian dan menganggap diri relevan. Maka, sanggup membuat dakwaan fitnah.

Kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) saban hari menjalankan operasi memburu, menangkap dan menhantar/mengusir pulang sesesiapa sahaja yang berada dalam negeri sebagai PATI.

Kerajaan bukan pengkhianat kepada negerinya sendiri kerana jika dakwaan itu benar, ianya merupakan beban kepada kerajaan baik dalam segi sosial mahupun ekonomi.

Pihak kerajaan tidak memerlukan tambahan undi daripada sesiapa sahaja kerana jumlah pengundi adalah mencukupi untuk sesebuah proses pilihan raya.

Pembangkang sejak sekian lama mendakwa bahawa ada rakyat asing mendaftar sebagai pengundi. Namun, jika dilihat dalam segi jumlah pengundi berdaftar di Sabah yang hanya 900,000 berbanding jumlah penduduk 3.5 juta, ini bermakna dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali bahawa ada pihak yang tidak layak mendaftar sebagai pengundi. Rakyat yang dibenarkan mengundi adalah mereka yang berumur 21 tahun dan ke atas. Jika dilihat daripada purata penduduk, jika jumlah penduduk 3.5 juta maka mereka yang berumur 21 tahun ke atas adalah seramai 46 peratus atau 1.6 juta.

Oleh kerana sistem pengundian negara berasaskan kepada sistem Daerah Mengundi (DM), maka terlalu sukar bagi pihak-pihak yang tidak layak sebagai pengundi dimasukkan pada DM tertentu. Lagipun, setiap senarai pengundi berasaskan PDM para pengundi yang terdapat di dalam senarai itu biasanya saling kenal-mengenal antara satu sama lain. Jika didapati ada pengundi baru bahkan apatah lagi yang berumur, pasti akan menjadi tanda tanya dan besar kemungkinan akan dihalang untuk mengundi.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook