Latest News

Thursday 15 October 2015

IC PALSU WARGA PAKISAN: Musa Mendapat Nama

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Syukurlah.... Makin bertambah suku kaum... Oleh FB Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)

INI berkemungkinan besar kad pengenalan yang dipaparkan adalah kad pengenalan palsu kerana tidak terdapat dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mahupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). AFS telah menyiasat dan membuat tinjauan ini semasa artikel ini ditulis.

Oleh kerana sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak mempunyai hubungan langsung dengan data dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara, maka pemilik kad pengenalan palsu tersebut dapat memiliki lesen memandu dengan mudah. 

Ini adalah satu kelemahan yang dapat dilihat sistem pada hari ini yang perlu dipertingkatkan. Sebelum ini juga, AFS pernah mengulas hal tersebut dan diharap dapat diberi perhatian kepada yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

Adalah disyorkan kepada pihak-pihak terbabit juga perlu bekerjasama membuat laporan pihak polis secepat yang mungkin berkaitan dengan kad pengenalan ini.

Di samping itu, AFS ingin menegaskan agar jangan hubungkaitkan dengan ketua menteri kita mengenai isu seumpama ini kerana Musa dilahirkan sebelum Sabah merdeka lagi.  Bahkan perkara ini sudah diketahui umum. Tetapi maklum sajalah page-page pembangkang seperti mereka yang tidak serik-serik menulis artikel yang berulang-ulang sedemikian, ada saja akal-akal mereka dengan mereka-reka cipta cerita yang bukan-bukan. Mereka seolah-olah tidak hiraukan apa-apa walaupun sanggup berbohong, menulis dan mengempar-gempurkan sebarang tulisan yang tidak benar dan fitnah semata-semata. Janji, duit masuk ke dalam poket.

Menurut undang-undang negara (Malaysia), sesiapa sahaja penduduk yang berada di Sabah sebelum merdeka, maka secara automatik menjadi warganegara selepas merdeka. Oleh kerana pemilik kad pengenalan tersebut mempunyai tarikh lahir selepas merdeka, maka pastilah disyaki kad pengenalan tersebut merupakan kad yang palsu.

Alahai! Dikupas, diulas, diputar belit, dibawa ke sana dan ke mari, tetapi hanyalah benda yang sama sahaja yang dibuat. Alangkah baiknya, kekreatifan mereka ini digunakan kepada sesuatu yang lebih bermanfaat untuk diri sendiri dan keluarga. Kedegilan tahap gaban agak sukar untuk dirawati!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook