Latest News

Wednesday 21 October 2015

ISU MENAMBAK DI PANTAI KG. BINTURU, KUALA PENYU

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  MENAMBAK PANTAI KG. BINTURU Oleh FB Thereza -yan Enggiu Abah Rawanan (screenshot)

PERMOHONAN TANAH seluas 300,000 ekar atau 122,000 hektar bukan keluasan yang sedikit akan tetapi adalah cukup besar. Keluasan tersebut boleh dijadikan beberapa buah kampung penempatan yang baru.

Permohonan tanah itu atas nama ADUN Kuala Penyu, Limus Jury namun berselindung atas nama yayasan.

Alasan yang diberikan untuk permohonan tanah itu kononnya untuk membina sebuah kolej. Alasan itu tertulis pada surat Jabatan Tanah dan Ukur Sabah seperti mana yang dilampirkan.

Permohonan tersebut memang dipamerkan untuk tatapan orang ramai khususnya penduduk Kuala Penyu terutama daripada kampung Binturu sendiri.

Memang tanah tersebut merupakan tanah kerajaan dan belum diberi geran kepada mana-mana individu. 

Sebenarnya, sesebuah yayasan boleh saja memohon tanah dengan pihak kerajaan. Ini kerana sifat yayasan adalah untuk kepentingan rakyat. Meskipun nama yayasan tersebut adalah bersempena dengan nama ADUN Kuala Penyu iaitu daripada parti UPKO.

Jika sekiranya permohonan tersebut tidak dibantah oleh penduduk kampung Binturu, kemungkinan besar permohonan tersebut diluluskan kepada yayasan tersebut. Namun, jika terdapat bantahan kerajaan akan melihat bentuk bantahan tersebut.

Kerajaan akan mempertimbangkan bantahan jika tanah tersebut termasuk dalam tanah adat atau tanah tersebut tidak boleh dimajukan atas sebab sebagai tadahan hujan atau tanah tersebut merupakan kawasan hutan ekosistem bagi binatang liar, burung dan sebagainya.

Juga kerajaan akan mempertimbangkan bantahan jika kawasan itu merupakan rizab kampung khususnya untuk generasi akan datang.

Jika tanah tersebut menjadi milik yayasan, penduduk kampung akan kehilangan hak dan peluang memiliki tanah tersebut sebaliknya akan terus dimiliki oleh pihak yayasan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook