Latest News

Wednesday 7 October 2015

Jawatan Kerajaan Negeri

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Musa aman suda kena suap bh tu mna lg tolong orang sabah kn Oleh FB Doris Jones (screenshot)

SEMUA pelantikan ke jawatan kerajaan negeri merupakan rakyat Sabah. Tiada jawatan kerajaan negeri diperuntukkan untuk rakyat negeri lain.

Hanya jabatan persekutuan melantik para pegawainya yang meliputi seluruh negara.

Jika dakwaan kononnya kakitangan kerajaan negeri sebanyak 60 peratus adalah Melayu ianya mengarut! Penduduk yang mendakwa itu seorang bekas mahasiswa UMS adalah yang sebenarnya tidak mengetahui maklumat nisbah yang tepat terhadap jumlah pegawai-pegawai kerajaan Sabah yang meliputi semua agensi.

Memang kadar pengangguran di Sabah lebih tinggi berbanding purata kebangsaan. Sebabnya, para penganggur tersebut tergolong daripada mereka yang terlalu memilih kerja. 

Jika benarlah bekas mahasiswa UMS itu sukar mendapat kerja di jabatan kerajaan, mahasiswa perlu melihat dirinya apakah dia mempunyai merit atau kelayakan yang diperlukan oleh kerajaan mengikut bidangnya. Pada hari ini, kerajaan Sabah kini memerlukan mereka yang berkemahiran dalam bidang bioteknologi bagi mengembangkan potensi sumber alam negeri. Ini bererti, kerajaan memerlukan mereka yang berkemahiran dalam bidang inovasi dan teknologi.

Mahasiswa sebenarnya perlu mempersiapkan diri bahawa mereka itu diperlukan oleh sebab kepakaran mereka untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan bukannya 'hanya' bekerja kepada pihak lain atau majikan sahaja. Jika awal-awal mahasiswa mengetahui bahawa tujuan mereka mendapat ilmu adalah untuk meneroka bidang-bidang baru, mindset ini adalah tepat kerana sekali lagi bukannya hanya menjadi kakitangan kepada sesebuah jabatan sahaja.

Pembinaan kilang baja urea, Sipitiang dan industri minyak kelapa sawit di Lahad Datu serta ladang udang di Pitas memerlukan ribuan pekerja yang berkemahiran. Mungkin bekas mahasiswa UMS itu tidak tergolong mereka yang diperlukan pada masa kini. 
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook