TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:
(i) Kenapa GAJI di Borneo kurang RM80... Oleh FB Luke Js Biajin (screenshot)
PENENTUAN GAJI bukan ditentukan dengan satu hala sebaliknya berasaskan kesepakatan antara majikan swasta dengan kerajaan.
Pada kadar gaji minima yang disepakati majikan, berjanji tidak akan mengurangkan jumlah pekerja mereka. Namun sebaliknya, jika dipaksa diluar kemampuan majikan, maka mereka tiada pilihan dan terpaksa mengurangkan jumlah pekerja.
Majikan swasta di Sabah dan Sarawak berdepan dengan turnover jualan yang lebih rendah berbanding dengan rakan mereka di Semenanjung. Perbezaan turnover jualan inilah yang menjadi asas kepada penentuan gaji minima. Ada sesetengah pihak mendakwa bahawa sara hidup bagi Sabah lebih tinggi berbanding Semenanjung, mengapa pula gaji minima adalah lebih rendah di Sabah? Jawapannya, penentuan gaji minima sebenarnya ditentukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat. Tidak berguna memaksakan gaji minima yang lebih tinggi akan tetapi syarikat tidak mampu memberi peluang pekerjaan.
Walaupun nampak perbezaan kecil antara RM920 dan RM1000, namun bagi majikan jumlah itu amat bererti bagi meneruskan perniagaan mereka.
Kerajaan tiada kuasa secara mutlak bagi menentukan gaji minima di sektor swasta. Kerajaan sangat tergantung kepada perbincangan dan kesepakatan antara majikan-majikan.
Bagi sektor awam, kerajaan telah menentukan gaji minima sebanyak RM1200 sebulan. Namun, pekerja awam merupakan kuasa kerajaan dan jumlahnya sangat terhad.
0 comments:
Post a Comment