Latest News

Thursday 15 October 2015

Kalau Macam Itu, Sila Buat Laporan... yang mana satu PATI!!!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Di Sabah banyak PTI Oleh FB John Charles Mitah Mikat (screenshot)

Kenapa bercakap sahaja?

Bantulah dengan mengenal pasti PATI dan kemudian secepat yang mungkin membuat laporan polis. Ini tidak hanya tahu bercakap sahaja dan menyindir di laman sosial serta membanding-bandingkan bandar Kota Kinabalu dengan bandar yang lain. Adakah itu satu tindakan yang tepat untuk membanteras PATI? Sudah tentu tidak!

Bagaimana dengan seruan kerajaan? Adakah saudara John menyahut dan bekerjasama untuk membantu pihak kerajaan terutamanya anggota keselamatan dalam membasmi PATI? Jika ya, tahniah kerana anda sudah melakukannya. Tetapi jika tidak, tepuklah dada tanya selera.

Permasalahan PATI adalah masalah bersama yakni sebagai rakyat dan juga kerajaan seharusnya berganding bahu bersama-sama mengambil peranan masing-masing. Dengan hal ini, pasti pembasmian dapat dibuat dengan lebih berkesan dan jayanya dalam masa yang lebih singkat lagi.

Barangkali boleh jadi realitinya, saudara hanya duduk diam di rumah tanpa sebarang tindakan yang dipuji sebaliknya hanya gah di laman sosial? Siapa tahu.
Pihak kerajaan melalui pentadbiran Datuk Seri Musa Aman telah dan sedang bertungkus lumus siang malam mencari PATI di mana sebagai contoh sekatan jalan raya dilakukan secara mengejut di mana-mana sahaja tempat terutamanya kawasan tumpuan PATI di pedalaman negeri. Tetapi hasilnya tidak memberangsangkan iaitu masih juga tidak tertangkapnya sejumlah PATI yang dilaporkan. Mengapa? Manakan tidak PATI tetap saja dilindungi oleh tauke-tauke restoran, pembalak, peladang, kontraktor bangunan dan sebagainya.

Persoalannya, siapakah tauke-tauke tersebut? Tidak lain melainkan orang tempatan sendiri. Ya benar! Ini adalah fakta sebenar di mana hanya pembangkang sahaja menutup sebelah mata mereka berkaitan hal ini dengan hanya menyalahkan kerajaan sahaja khususnya ketua menteri.

Sebagai pengetahuan, kerajaan telah membelanjakan puluhan juta bagi memburu, menangkap dan menghantar pulang PATI. Namun, adakah ini cukup untuk membasmi secara keseluruhan tanpa ada kerjasama yang baik di antara rakyat sendiri? Fikir-fikirkan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook