Latest News

Sunday 25 October 2015

KENYATAAN BENAR Tetapi Salah Dari Segi Undang-Undang

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) membongkarkan berkenaan skandal Oleh FB Page 1 Suara Sabah (screenshot)

APA yang dimaksudkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan Akta Rahsia. Sesiapa yang membuat kenyataan bagi dokumen yang termasuk dalam Akta Rahsia Negara (OSA), walaupun kenyataan itu benar dan berasaskan fakta akan tetapi seseorang itu boleh didapati bersalah kerana membocorkan rahsia dokumen yang termasuk dalam Akta Rahsia Negara.

Bagi dokumen yang disiasat PAC (Public Account Committee) Parlimen, setiap dokumen itu akan tetap menjadi rahsia sehingga dibentangkan di parlimen. Demikian juga siasatan Ketua Audit Negara yang dipersembahkan kepada PAC akan tetap berstatus rahsia selagi dokumen itu tidak diberikan kepada Parlimen.

Seseorang yang berurusan dengan negara perlu berhati-hati mengenai pengetahuan atau maklumat yang diketahuinya. Oleh kerana seseorang itu tertakluk kepada undang-undang untuk menghebahkan sebarang maklumat yang diketahuinya kepada pengetahuan umum.

Apa yang berlaku pada masa ini khususnya berkaitan dengan 1MDB, mereka yang diberi amanah menyiasat berkaitan syarikat itu menghebahkan maklumat yang diketahui. Namun, maklumat-maklumat yang dihebahkan tersebut adalah separuh benar sehingga menimbulkan  pelbagai persepsi.

Maklumat yang separuh benar tersebut juga telah dispin oleh pihak tertentu. Khususnya, yang anti kepada Dato' Seri Najib Razak. Tujuan kepada putar belit tersebut adalah untuk semestinya mewujudkan imej buruk kepada Perdana Menteri.

Membuat kenyataan separuh benar inilah yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak bahawa seseorang itu boleh didapati bersalah kerana membuat kenyataan yang bersifat menghasut dan mengelirukan.

Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengulas kenyataan akhbar oleh Mantan Perdana Menteri berkaitan penahanan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang berkaitan dengan tindakan dua individu tersebut yang membuat berbagai laporan kepada negara-negara asing termasuk FBI berkaitan dengan 1MDB.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook