Latest News

Saturday 17 October 2015

LAGI ISU TANAH: Tiada Tanah Adat Dirampas Di Pitas

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  Tanah Adat Dirampas di Pitas Oleh Web bobohizan (screenshot)

TIDAK ADA tanah adat dirampas di Pitas untuk dijadikan ternakan udang. Tapak projek udang Pitas adalah merupakan tanah kerajaan yang sah.

Untuk maklumat blogger yang suka memesongkan fakta tersebut, tanah adat di sabah secara keseluruhannya telah diberikan geran. Tanah adat yang diberikan geran adalah seluas 1.4 juta hektar. Oleh kerana tanah tersebut telah dijual oleh mereka yang mendapat geran maka kerajaan tidak lagi memberikan geran tanah kepada para individu sebaliknya memperkenalkan geran komunal untuk permohonan tanah baru.

Tapak projek udang terbesar di Malaysia yang berada di daerah Pitas ini merupakan usaha sama antara syarikat milik kerajaan dengan swasta. Projek ini bertujuan meningkatkan pendapatan penduduk Pitas yang terlibat secara langsung dengan projek udang tersebut. Penduduk di sana akan diutamakan untuk mengisi kekosongan pekerjaan di dalam industri ini kerana projek ini dianggarkan dapat mewujudkan lebih daripada 1000 peluang pekerjaan.

Projek ini sebenarnya adalah salah satu usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan daerah Pitas dan sedikit sebanyak dapat meningkatkan per kapita pendapatan sebilangan penduduk tersebut.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook