Latest News

Thursday 29 October 2015

Laporan Jawatankuasa Teknikal RCI PATI Sabah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) RCI panel report by year end Oleh FB Doris Jones (screenshot)

JAWATANKUASA teknikal PATI Sabah yang dipengerusikan oleh Tan Sri Pairin Kitingan dijangka akan mengeluarkan laporan keputusan mereka selewat-lewatnya hujung tahun ini. Hasil keputusan jawatankuasa berkaitan PATI Sabah seperti mana dicadangkan melalui RCI (PATI) Sabah akan dimuatkan melalui laporan tersebut. Selain itu, jawatankuasa itu juga akan mencadangkan polisi dilakukan kerajaan berhubung dengan isu Pati.

Seperti yang telah diketahui sejak Disember 2014, Kerajaan melalui Majlis Keselamatan Dalam Negeri (MKN) telah menjalankan operasi berterusan bagi memburu, menangkap dan menghantar PATI yang ada di Sabah. Setakat September 2015 lebih 23ribu PATI telah ditangkap dan telah dihantar pulang ke negara masing-masing. Hampir 80peratus PATI yang diusir tersebut merupakan rakyat Filipina. Pada masa ini masih terdapat 6,029 PATI berada di empat lokasi penahanan sementara dan yang teramai di PTS Kota Kinabalu seramai 2160 orang.

Hasil operasi MKN yang hampir setahun lalu tidak menjumpai dakwaan yang kononnya terdapat ratusan ribu Pati berada di Sabah. Sebaliknya, selepas menjalankan operasi hanya dapat menjumlahkan hampir 30 ribu Pati atau hanya 4 peratus daripada dakwaan setengah pihak.

Operasi memburu PATI melibatkan berbagai agensi penguatkuasa antaranya PDRM, Jabatan Imigresen Malaysia (Caw. Sabah), Rela dan pihak berkuasa tempatan seperti DBKK dan juga Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Laporan yang bakal dibuat oleh Jawatankuasa teknikal PATI Sabah boleh diumumkan kepada umum atau sebaliknya. Namun, yang jelas bukan untuk Doris Jones. Pelarian tersebut tiada kena-mengena dengan Pati Sabah oleh kerana dia sendiri merupakan seorang pengkhianat kepada tanah kelahirannya. Lebih 20 tahun tinggal di negara orang, terlalu panjang untuk mengetahui keadaan yang berlaku. Oleh sebab itu, Doris sentiasa berfikir mungkin saja Pulau Labuan seperti 20 tahun yang lalu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook