Latest News

Sunday 25 October 2015

Lokomotif Sabah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Musa katakan ada RM6.8BILLION lebihan dagangan Oleh FB Luke JS Biajin (screenshot)
(ii) Ini hipokrit atau menipu hati rakyat Sabah Oleh FB Micheal Peter Goviind (screenshot)

LOKOMOTIF yang digunakan oleh (Jabatan) Kereta Api Negeri Sabah adalah jenis lokomotif pengangkutan perlahan, bukan seperti mana lokomotif yang dimiliki oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM).

Mungkin pemilik facebook tersebut tidak tahu membezakan antara lokomotif yang tiada kapasiti untuk bergerak laju dengan lokomotif yang boleh bergerak laju. Lokomatif kereta api Sabah adalah lokomotif baru dan kebanyakan lokomotif tersebut berumur antara 5 hingga 6 tahun.

Lokomotif kereta api Sabah adalah sesuai dengan landasan yang ada. Ini kerana landasan kereta api yang boleh bergerak laju bukanlah jenis landasan yang sedia ada.

Jika landasan kereta api bagi yang boleh bergerak dengan kelajuan tinggi, maka semua jaringan landasan yang ada perlu diganti dan kosnya bukan jutaan tetapi mencapai ratusan jutaan ringgit.

Sabah memerlukan kewangan untuk membangunkan infrastruktur yang boleh meningkatkan ekonomi. Seperti jalan raya serta pusat-pusat ekonomi adalah terlebih dahulu didahulukan sebelum memodenkan landasan kereta api.

Untuk makluman pemilik facebook tersebut, pengangkutan kereta api bukan satu bisnes yang agak menguntungkan. Ianya hanya sebagai perkhidmatan kepada rakyat. 

Kerajaan mempunyai keutamaan kepada infrastruktur yang lebih cepat memberikan pulangan kepada rakyat. Misalnya projek udang, projek baja dan pusat-pusat peranginan. Ini bertujuan untuk menarik lebih ramai pelancong luar negara kerana sektor pelancongan merupakan industri yang bersifat "sunrise".
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook