Latest News

Thursday 29 October 2015

MANA Kenyataan Bahawa 'Pan Borneo' Mula Dibina Tahun 1990?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Tiap tahun berkata Pan Borneo... Oleh FB Luke JS Biajin (screenshot)

PEMILIK akaun facebook tersebut memang suka membuat cerita palsu. Dalam jiwanya, saban hari dipenuhi dengan cerita palsu. Seseorang yang telah menjiwai cerita-cerita palsu maka tidak akan mampu lagi membuat kenyataan yang benar dan betul. Seseorang itu akan terus alergi mengatakan sesuatu yang benar. Inilah yang berlaku kepada saudara Luke JS Biajin. Sejak melibatkan diri dalam dunia siber khususnya laman sosial facebook yang hanya dia mengkhususkan dirinya untuk cerita-cerita palsu dan bohong!

Pelaksanaan Lebuh raya Pan borneo diumumkan melalui bajet tahun 2014. Sebelum itu, tiada sebarang pengumuman berkaitan dengan projek tersebut.

UMNO masuk ke Sabah pada tahun 1990 (belum rasmi) dan secara rasmi pada tahun 1991. Atas sebab permintaan Parti USNO (kemudian parti ini dibubarkan) adalah untuk memberi peluang kepada seluruh ahlinya menjadi ahli Umno.

Luke 100 peratus tidak akan dapat membuktikan bahawa Pan Borneo seharusnya dibina bermula pada tahun 1990. Kenyataan dia itu hanya khayalan dirinya sahaja.  Ini kerana memang dia suka berkhayal cerita-cerita palsu.

Pemilik facebook tersebut mempertikaikan orang yang membuat laporan polis. Dalam negara ini, sesiapapun bebas membuat laporan polis termasuk dia sendiri. Tiada halangan kepada sesiapa yang ingin membuat laporan polis kerana mahukan pihak menjalankan siasatan terhadap sesiapa sahaja yang membuat kenyataan palsu atau kenyataan yang bersifat menghasut.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook