Latest News

Saturday 17 October 2015

Masalah Air Kawasan Utara Sabah

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Di mana suada pemimpin Sabah Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)
(ii) Apa sudah jadi ini Oleh FB Jalin Luin (screenshot)

MEMANG diakui bahawa masalah utama penduduk di kawasan utara Sabah termasuk daerah Kudat, Kota Marudu dan Pitas adalah air. Masalah itu timbul adalah disebabkan tiada sumber air utama bagi kawasan tersebut.

Kerajaan sebenarnya mempunyai perancangan untuk membina empangan Tambatuon di Kota Belud. Selain untuk memenuhi keperluan penduduk Kota Belud adalah juga untuk kawasan utara Sabah. Namun, pembinaan empangan tersebut terbantut kerana DAP berjaya menghasut penduduk kampung Tambatuon agar menghalang pembinaan empangan tersebut. Isu ini telah lama beredar di media sosial sebelum ini dan AFS percaya perkara ini telah diketahui umum.

Masalah air bagi kawasan utara Sabah tidak akan dapat diselesaikan selagi tiada sumber air atau loji pembekal air dibina.


Namun, masalah air kawasan utara Sabah ini pasti dapat diselesaikan jika kerajaan sudi memujuk semula penduduk kampung Tambutuan dan penduduk di sana juga bersetuju dan membenarkan pembinaan empangan di kawasan mereka dibina.

Memang kerajaan telah mengetahui kerumitan yang didepani oleh penduduk kawasan itu pada ketika ini termasuklah para pelajar sekolah yang tinggal di asrama. Namun demikian, kerajaan tidak dapat berbuat apa-apa selagi tiada sumber air yang boleh disalurkan kepada penduduk utara ini kerana angkara kedegilan yang berlaku di Tambatuon yang lalu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook