Latest News

Monday 26 October 2015

Mengapa Harga Barangan Di Sabah Dan Sarawak Lebih Mahal Berbanding Semenanjung?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  UMPAMA LANGIT DENGAN BUMI Oleh FB Edward Stephen Edward Stephen (screenshot)

ASAS EKONOMI sangat bergantung kepada permintaan dan penawaran. Demikian juga untuk barangan yang semakin banyak permintaan terhadap sesuatu barangan maka kos seunit semakin kecil. Kos seunit yang semakin rendah memungkinkan barangan tersebut dijual adalah lebih rendah.

Penduduk Sabah dan Sarawak jika dijumlahkan secara keseluruhannya hanya lebih 5 juta berbanding Semenanjung iaitu lebih 22 juta.

Harga barangan juga bergantung kepada pengangkutan di mana semakin jauh lokasi barangan tersebut dihantar, semakin kos pengangkutan adalah tinggi. Apatah lagi dengan jumlah yang sedikit.

Harga barangan di Semenanjung lebih murah oleh kerana mereka mempunyai pelabuhan besar sama ada di Selatan, Timur Barat mahupun di Utara yang mana pelabuhan tersebut merupakan pusat perdagangan. Manakala bagi Sabah dan Sarawak barangan yang dihantar ke dua buah negeri tersebut hanya untuk rakyat sahaja secara khususnya.

Dasar kabotaj bukan merupakan punca harga barangan di Sabah dan Sarawak tinggi. Ini kerana semua produk yang sampai di mana-mana pelabuhan di Sabah dan Sarawak, mempunyai harga yang sama dengan harga di Semenanjung. Harga di Sabah dan Sarawak lebih mahal kerana caj pengangkutan yang dikenakan oleh pihak syarikat pengangkutan.

Kerajaan melalui bajet 2016 telah memperuntukkan sebahagian besar kewangan bagi tujuan penyeragaman harga barangan. Apa yang dipanggil adalah harga 1Malaysia.

Pemilik facebook tersebut tidak mengikuti penjelasan berkaitan dasar kabotaj dan atas sebab itu masih membuta tuli menyalahkan dasar kabotaj sebagai penyebab harga barangan tinggi bagi Sabah dan Sarawak. Sedangkan penyebab utamanya adalah kos pengangkutan yang terselindung.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook