Latest News

Thursday 1 October 2015

PARA PEMIMPIN ITU TIDAK PUNYA 'LAMPU ALADIN'

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Ketepikanlah TSPA buat masa ini... Oleh FB Sang Kelembai (screenshot)

BERCAKAPLAH secara jujur, jika dilihat kemajuan Kota Belud bermula tahun 1994 sehingga 2015 (21 tahun) berbanding tahun 1963 hingga 1994 (31 tahun), ianya cukup ketara. Jika sebelum ini, jalan rayanya jarang-jarang ada kenderaan tetapi pada hari ini kesesakan pula menjadi masalah. Jika sebelum itu, kedai-kedai daripada papan dan beratap zink. Namun kini, hampir kesemuanya berkonkrit. 

Jika dahulu, jalan-jalan ke kampung hanya gravel iaitu berkerikil tetapi kini telah bertar. Jika sebelum itu tiada bekalan elektrik, kini hampir keseluruhan kampung mempunyai sumber elektrik.

Jika dahulu, jarang sekali rumah-rumah batu didirikan sebaliknya jika dilihat pada hari ini, di mana-mana sahaja terdapat rumah batu.

Jika dahulu tiada kemudahan internet tetapi sekarang di mana adanya liputan internet atau telefon tanpa wayar, maka capaian talian internet dapat dimiliki.

Lihat bagaimana sekolah-sekolah dibangunkan malah lebih baik berbanding dengan sekolah-sekolah di bandar.

Melihat kemajuan tersebut, siapa yang merancang? Sudah tentu para pemimpin Kota Belud.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook