Latest News

Thursday 15 October 2015

PATI DI SABAH: PEMIMPIN YANG BERSEKONGKOL?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  Masalah setinggan di Sabah Oleh FB Page 1 Suara Sabah (screenshot)

Kewujudan PATI bermula sejak tahun 70-an lagi dan parti Umno hanya masuk ke Sabah pada tahun 1991.

Tiada kaitan pemimpin Umno atau parti Umno dengan PATI atau bersekongkol dengannya yang melibatkan aktiviti penyeludupan, projek IC dan seumpamanya. Malah, semasa parti Umno menjadi tunjang kerajaan, tindakan mengusir PATI dipertingkatkan termasuk penubuhan RCI (Pati) Sabah

Ini jelas menunjukkan komitmen kerajaan yang mengambil berat terhadap isu PATI di Sabah ini.

Pemilik facebook tersebut sebenarnya tidak mengetahui fakta sebenar. Malah, boleh saja dikategorikan sebagai seorang netizen yang buta mata terhadap peta dan sejarah! Atau barangkali, buta huruf!

Sedangkan dalam akhbar tersebut, secara terang dan jelas menulis beberapa pembabitan yang dilakukan oleh orang tempatan sendiri (dan bukannya kerajaan) terhadap aktiviti penyeludupan di kawasan tersebut.

Penubuhan ESSZONE diwujudkan semasa Umno memerintah ekoran daripada pencerobohan Kampung Tanduo pada Mac 2013 yang lalu.

Pemilik facebook tersebut perlu menerima hakikat bahawa parti Umno serta pemimpinnya sahaja yang bersungguh-sungguh membanteras kehadiran PATI di Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook