TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:
(i) Adakah PBS masi releven sekarang Oleh FB Juin Molondoi (screenshot)
PBS mempunyai penyokong sendiri yang ramai. Maka, dengan sebab itu satu alasan yang boleh diterima pakai parti ini masih boleh bertahan sejak tahun 1985 lagi sewaktu kegemilangannya.
Setiap pilihan raya, ada sahaja calon-calon PBS menang walaupun bukanlah 100 peratus kemenangan itu dapat diperolehi. Jika dilihat melalui statistik pilihan raya, kemenangan PBS lebih menyerlah setelah menyertai kerajaan sebagai salah satu komponen besar parti Barisan Nasional (BN)/Umno.
Bagi menjawab persoalan itu, adakah PBS masih relevan sekarang? AFS ingin terlebih dahulu mengacukan satu soalan mudah kepada saudara Juin. Apakah merit pembangkang bercakap soal PBS? Siapakah anda atau mana-mana pembangkang untuk mempersoalkannya? Ini kerana, kalau dilihat daripada hasil keputusan PRU-13 yang lalu, pembangkang hanya mendapat 12 kerusi dan daripada kerusi terbanyak itu adalah dimenangi oleh parti DAP, bukan parti yang disokong oleh pemilik facebook tersebut seperti STAR.
Layakkah persoalan sentimen itu timbul dan menjadi tanda tanya kepada anda? Ukurlah baju di badan sendiri dan cerminlah diri anda terlebih dahulu sebelum mengata orang!
Layakkah persoalan sentimen itu timbul dan menjadi tanda tanya kepada anda? Ukurlah baju di badan sendiri dan cerminlah diri anda terlebih dahulu sebelum mengata orang!
Ini jawapannya. Di kawasan tradisi kubu PBS, parti itu masih mendapat sokongan yang kuat dan dengan sebab itu ianya sebuah parti yang masih relevan! Relevan dengan perjuangan, relevan dengan sokongan dan relevan dengan hala tuju!
Pada PRU-13 lalu, semua calon PBS bagi kawasan Parlimen menang walaupun beberapa kawasan DUN kalah. Parti pembangkang terutamanya yang berasaskan KDM, memang menganggap PBS sebagai penghalang kepada mereka untuk mendapatkan kerusi. Itulah sebab-menyebabnya isu ini ditimbulkan dan cuba menjatuhkan parti PBS khususnya Tan Sri Pairin Kitingan dengan mengada-adakan cerita yang tiada asasnya.
0 comments:
Post a Comment