Latest News

Friday 30 October 2015

Pemahaman Melalui Dokumen

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Pairin: UK should help clear unhappiness in Sabah, Sarawak... Oleh FB Jayme Jaime (screenshot)
(ii) Lajim: Pairin has lost confidence in Najib... Oleh Web Free Malaysia Today(screenshot)

PAPARAN melalui dokumen tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku. Paparan yang berbentuk laporan tidak semestinya boleh menjelaskan atau memaparkan semua kejadian yang berlaku. Biasanya, laporan hanya memuatkan perkara-perkara mustahak sahaja dan tidak memuatkan perkara-perkara remeh. Misalnya, latar belakang sesuatu kejadian. Apakah kejadian itu tergesa-gesa atau kejadian itu dalam keadaan santai atau tenang?

Tan Sri Pairin Kitingan yang juga Presiden PBS dan MP Keningau semasa berucap di Dewan Rakyat, mengakui melalui pembacaan laporan-laporan Pre-pembentukan Malaysia khususnya Laporan IGC dan CCR melihatkan pihak penjajah taitu British tergesa-gesa melepaskan tanah jajahan negara itu di Kepulauan Borneo dan North Borneo dan Sarawak.

Seperti dalam catatan sejarah, North Borneo diberikan Internal Self-Government oleh British pada 31 Ogos 1963. Manakala Sarawak pada 22 Julai pada tahun yang sama. Dua (2) wilayah Borneo tersebut telah menyertai Malaya dan Singapura bagi membentuk Persekutuan Malaysia pada tanggal 16 September 1963.

Gesaan Tan Sri Pairin Kitingan agar pihak British menjernihkan kecelaruan yang berlaku di Sabah dan Sarawak berkaitan MA63, di mana yang tidak akan dapat merungkai keadaan berikutan pihak British pun akan berasaskan dokumen yang sedia ada. Jika berlaku interpretasi, ianya berupa pemikiran yang bersifat "after thought".

Mereka yang terlibat merangka/membuat laporan IGC dan CCR sudah tiada lagi di dunia ini yakni bermakna adalah sukar untuk mengetahui apakah semasa British meninggalkan negara ini dalam keadaan tergesa-gesa atau sebaliknya.

Kenyataan Tan Sri Pairin Kitingan tersebut sebenarnya lebih mengundang banyak persoalan berbanding jawapan. Kenyataan seperti itu perlu diragui kerana mengapa hanya sekarang ditimbulkan? Sedangkan Sabah sudah merdeka lebih setengah abad. 
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook