Latest News

Thursday 29 October 2015

Pembatalan Sudah Tentu Ada Sebab-Musababnya

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)Saya tidak mahu cakap banyak... Oleh FB Kihampau Tohoh (screenshot)

APAKAH keperluan Bekalan Air Luar Bandar (BALB) bagi Pulau Lihak-Lihak, Semporna begitu memerlukan? Sedangkan kawasan-kawasan lain di Sabah yang ramai penduduk seperti daerah utara Sabah seperti Kudat, Matunggong, Pitas, Kota Marudu dan Kota Belud adalah lebih memerlukan dengan segera.

Disinilah kelemahan Datuk Seri Shafie Apdal semasa menjadi menteri KKLW. Beliau tidak dapat membezakan mana satu kawasan yang lebih memerlukan BALB dengan segera.

Pulau Lihak-lihak yang berada di kawasan Semporna bukan didiami ramai rakyat sebaliknya mendapat prioriti daripada Datuk Seri Shafie Apdal sendiri. Apabila kementerian kewangan melihat kecacatan tersebut, maka telah mengambil keputusan membatalkannya oleh kerana tidak memenuhi sebagai projek yang mendesak.

Pembatalan tender terbuka bagi projek BALB Pulau Lihak-Lihak, Semporna, tiada hubungkait dengan pemecatan Datuk Seri Shafie Apdal  sebagai Menteri. Akan tetapi, pembatalan tersebut berasaskan kepada pertimbangan keperluan.

Pihak kerajaan Sabah telah memanjangkan keperluan BALB tersebut kepada kerajaan pusat. Namun, semasa Datuk Seri Shafie Apdal menjadi menteri, beliau tidak mengutamakan senarai yang diberikan oleh kerajaan negeri sebaliknya bertindak atas keinginannya sendiri.

Selain itu, penyebab kepada terbengkalainya beberapa projek BALB di Sabah sebagai misalnya seperti projek BALB Kota belud adalah disebabkan oleh kontraktor yang dilantik oleh KKLW.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook