Latest News

Wednesday 21 October 2015

Pembinaan JALAN Simpang Yayasan Sabah Adalah Cerita Lama....

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Jalan 0.9 km berharga RM14.9 juta Oleh FB Page Pembongkaran penipuan BN UMNO (screenshot)
(ii)
Jingga 13 buat laporan SPRM di Sabah Oleh FB Page Pembongkaran penipuan BN UMNO (screenshot)

PEMBINAAN jalan daripada simpang Yayasan Sabah menuju bangunan Dewan Undangan Negeri, sebenarnya telah dijawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada tahun 2013 sebelum PRU-13. Antara sebab-sebab yang diberikan oleh menteri yang bertanggungjawab adalah kos tersebut bukannya ditentukan oleh kerajaan sebaliknya oleh jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) yang sesuai dengan bentuk jalan tersebut yang merentasi bukit.

Selain itu, penyumbang kepada kos kerana sepanjang jalan tersebut diperlukan cerucuk besi kerana keadaan tanah yang tidak stabil.

Bagi mereka yang bukan jurutera adalah terlalu mudah untuk membuat andaian. Apatah lagi blogger pembangkang MiLo SuaM yang sentiasa memutar belit fakta. Blogger tersebut sebenarnya didapati bersalah oleh mahkamah kerana memutar belitkan fakta. Blogger MiLo SuaM adalah bukan rakyat Sabah akan tetapi rakyat Melaka. Nah! page yang lain seterusnya ikut saja seperti kerbau seperti page Pembongkaran Penipuan BN UMNO yang hanya menyebarkan tanpa usul periksa

Kos pembinaan jalan adalah sangat relatif. Ianya bergantung kepada keadaan tanah di mana jalan tersebut dibina. Jika tanah yang hendak dibina kepada jalan yang tidak stabil, maka diperlukan asas 'foundation' bawah jalan tersebut termasuk pemasangan cerucuk besi atau susunan batu bata yang besar. Keadaan inilah yang berlaku dengan jalan sejauh 0.9 Km yang menuju bangunan Dewan Undangan Negeri tersebut.

Pembinaan jalan tersebut bukan rahsia lagi. Malah SPRM telah menyiasat! Oleh kerana tiada unsur salah guna kuasa maka kerajaan negeri atau JKR telah diberikan "clean bill" oleh SPRM.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook