Latest News

Friday 30 October 2015

Pemilik Facebook Tersebut Tidak Pernahpun Sampai Ke Semporna

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) siapa pelindung pti ? BARISAN NASIONAL umno... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

DUNIA siber boleh saja membuat sebarang gambar atau berita diviralkan tanpa sempadan sehingga gambar-gambar lama boleh direka dan ditambah-tambahkan serta kemudian dikatakan sebagai gambar yang baru. Selain itu, juga direka cerita yang tidak menggambarkan keadaan yang sebenarnya.

Pemilik facebook tersebut merupakan rangkaian pemfitnah dan mereka-reka cerita bagi menggambarkan keburukan kerajaan. Tujuan mereka itu adalah hanya mengumpul persepsi dan berharap ada di antara kita yang percaya. Bak kata orang "betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul". Bagi penduduk Semporna sendiri, mereka hanya ketawa terbahak-bahak kerana dakwaan pemilik facebook itu bukan sahaja tidak betul malah tidak wujud!

Pemilik facebook itu sebenarnya kurang arif berkaitan rokok haram yang dijual di Sabah. Sebenarnya, rokok-rokok haram itu juga didalangi oleh orang-orang tempatan dengan mempergunakan street children menjual rokok-rokok haram. Rekod Kastam dan polis menunjukkan mereka yang tertangkap menyeludup rokok-rokok haram adalah orang tempatan. Manakala orang asing atau Pati hanya digunakan sebagai keldai atau perantara serta menjadi penjual (pihak ketiga) kepada orang awam. Ini fakta dan kita sering dapat melihat di lorong dan tepi jalan bandar Kota Kinabalu ramai sekali orang asing atau Pati menjualnya.

Pemilik facebook tersebut sebenarnya tidak tahu yang dikhabarkannya dan ianya menunjukkan pemilik facebook itu hanya 'cybertroopher' yang hanya menyalahkangunakan internet atau media sosial untuk menyebar fitnah semata-mata.

Tiba masanya pihak SKMM menyekat akaun pemilik facebook tersebut ekoran menyebar maklumat palsu dan bohong!

Memang diakui pemilik facebook tersebut adalah 'cybertroopher' pembangkang kerana mensasarkan Umno. Umno adalah parti terkuat di sabah. Bagi rakyat dan penyokong tegar UMNO, dakwaan pemilik facebook tersebut tidakpun mempengaruhi mereka kerana fakta seperti mana yang didakwa adalah palsu dan auta!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook