Latest News

Thursday 15 October 2015

Pemimpin Umno Meliputi Semua Suku Kaum Bangsa Bumiputera Sabah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Jikalau rakyat Sabah masih mahu orang asing Oleh FB Page Remove Musa Remove UMNO Sabah (screenshot) (screenshort)

Pemimpin Umno Sabah meliputi semua suku bangsa bumiputera Sabah. Musa adalah pemimpin yang mewakili Pantai Timur Sabah yang meliputi berbagai suku bumiputera. Tapi mulut anda (tulisan post) terlalu jalang dan celupar! Siapa lagi kalau bukan page Remove Musa Remove UMNO Sabah! Apakah sebenarnya sumbangan Datuk Seri Musa Aman?

Terlalu banyak untuk dihitung tetapi al-maklum sahajalah penerangan yang dibuat secara berfakta terhadap sumbangan Datuk Seri Musa atau disenaraikan kesemuanya, pasti dipandang serong dan hina! Memaki secara membabi buta sehingga puas, itu sudah menjadi satu kelaziman mana-mana page-page sosial media pembangkang! Kenapa pula? Kerana itu sahaja pembangkang boleh buat. Tak gitu Remove page??

Anda sangat hebat memfitnah seorang pemimpin. Hebat terlalu hebat mereka-reka cerita yang kosong serta menyebarkannya dengan hanya satu klik? Menyenaraikan mengikut tahun bagaimana sang PATI berkelakuan dan bermegah-megah sehingga boleh jadi rakyat yang sah?!

Sedangkan pada waktu itu, beliau masih belum menjadi ketua menteri? Logikkah? 

Sekarang, AFS ingin bertanyakan soalan kepada anda. Bagaimana pula dengan rakyat sendiri yang bersekongkol dengan PATI? Sindiket haram? Pegawai kerajaan yang rasuah? Peniaga? Penyewa? Pemilik restoran? Wajarkah hanya menyalahkan 100 peratus kepada seorang pemimpin?

Cara pemilik facebook tersebut mendakwa bahawa memang diyakini sebagai penyokong SSKM dan Dr. Jeffery kerana cara-cara begini merupakan cara SSKM dan pembangkang.

Untuk pengerahuan anda, wakil rakyat Umno Sabah adalah bukan sahaja yang beragama Islam malah terdapat juga yang bukan Islam. Sebagai contoh, MP Beluran iaitu Datuk Dr. Ronald Kiandee adalah merupakan bumiputera yang bukan beragama Islam. 

Wahai saudara, mengaitkan PATI dan juga agama adalah sesuatu yang sangat buruk yang ada dilubuk hati anda. Sungguh kasihan, serik adalah bukan istilah anda tetapi undian tetap akhirnya diraih oleh kerajaan. Harap maaf!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook