Latest News

Thursday 29 October 2015

Pendapat Tan Sri Pairin Kitingan Berasaskan Pemahaman Berkaitan Dokumen Sahaja

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Pairin: UK should help clear unhappiness in Sabah, Sarawak Oleh Web Free Malaysia Today (screenshot)
(ii) Salahkan diri sendiri ba gaman Pairin... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)
(iii) sudah tidur terlalu lama. dulu salahkan malaya... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)
(iv) Blame BRITISH; we can run BOYCOT MALAYSIA TOURISM... Oleh FB Doris Jones  (screenshot)

SEBENARNYA hanya mereka yang terlibat sahaja yang boleh menggambarkan apakah pihak British sewaktu memutuskan Internal Self-Government bagi Sabah pada 31 Ogos 1963 dan 22 julai 1963 kepada Sarawak adalah merupakan tindakan tergesa-gesa.

Sebelum pembentukan Malaysia melalui MA63 sebenarnya telah diadakan pungutan suara dua tahun sebelum pembentukan Malaysia. Melalui pungutan suara itu, laporannya telah dimuatkan melalui IGC dan CCR.

Memang kata orang, kalau ada interpresasi sendiri berkaitan dengan sesuatu cerita seperti kata peribahasa rumah siap, pahat berbunyi.

Memang jika dilihat daripada segi pentadbiran, campur tangan pihak persekutuan terhadap jabatan persekutuan di Sabah memang sangat jelas. Malah, kerajaan Sabah tiada sebarang kongsian atau peranaan sedikitpun. Sebagai misalnya, perkara bukan pokok seperti pembekal makanan bagi asrama-asrama sekolah di Sabah. Keputusan adalah bukan datangnya daripada Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah melainkan diputuskan di Putrajaya.

Kerajaan Sabah bersetuju jika bahagian keselamatan dan kesihatan terus dipegang Persekutuan. Namun, bahagian-bahagian lain seperti pendidikan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Sabah), Jabatan Imigresen Malaysia (Sabah), Jabatan Pendaftaran Negara (Sabah) serta Pejabat Pembangunan Persekutuan Sabah hendaklah diberikan kuasa kepada kerajaan negeri untuk mentadbirnya bagi pihak persekutuan.

Lebih 50 tahun telah berlakunya pertindihan kuasa antara persekutuan dan negeri. Oleh sebab itu, banyak pembangunan yang dilaksanakan persekutuan menjadi 'gajah putih' kerana tidak memenuhi keperluan negeri. Bangunan-bangunan yang dibina persekutuan khususnya kuarters jabatan-jabatan persekutuan tidak diselenggarakan. Sedangkan, kawasan tersebut merupakan kawasan 'prime land'. Sekiranya pihak kerajaan negeri diberikan kuasa berkaitan tanah-tanah persekutuan tersebut, maka ianya boleh dibangunkan bagi menyediakan perumahan kepada rakyat negeri ini.

Telah tiba masanya Sabah diberikan kebebasan mengimport beras, gula dan sebagainya untuk keperluan rakyat Sabah dan tidak bergantung lagi kepada Bernas. Peranan Bernas hanya menokok tambah harga beras yang dimport.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook