Latest News

Wednesday 7 October 2015

Pengeluaran Kad Pengenalan Semula, Tidak Akan Menyelesaikan Masalah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  I think the RCI was proven a gimmic Oleh FB Darell Leiking (screenshot)
(ii) tidak ada penyelesaian lain yang terbaik untuk menangani isu PTI Oleh FB Reg B Puvok (screenshot)

TIDAK ada sebarang kecacatan berkaitan kad pengenalan bermutu tinggi yang ada sekarang. Jika diadakan sesi pendaftaran semula sekalipun bagi tujuan pengeluaran kad pengenalan yang berbentuk baru, masih tidak akan menyelesaikan masalah kad pengenalan tersebut.

Masalah yang diketahui kini adalah terdapatnya pihak tertentu dalam Jabatan Pendaftaran Negara menjadikan pengeluaran kad pengenalan kepada meraka yang tidak layak mendapatkan dokumen tersebut sebagai satu bisnes haram. Bayangkan setiap kad pengenalan dijual sehingga mencecah di antara RM5,000 hingga RM15,000. Tindakan mereka ini sememangnya satu pengkhianatan besar kepada negara sendiri.

Tindakan SPRM baru-baru ini menangkap beberapa kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang bertugas di Sabah termasuklah pegawai kanan yang merupakan tindakan yang sangat ditunggu-tunggu. Sebenarnya, kerajaan terpalit dengan tindakan tidak amanah para pegawai itu kerana sejak dari awal lagi kerajaan tidak mempunyai polisi untuk memberi kad pengenalan kepada mereka yang tidak layak!

Kad pengenalan di negara ini telah bertukar sebanyak empat kali. Tujuannya, sama seperti yang diutarakan oleh YB Darell Leiking iaitu untuk membasmi kad pengenalan yang dicurigai. Jikapun dijalankan proses pemberian kad pengenalan berbentuk baru kepada rakyat Sabah, masalah yang sama seperti yang ada pada ketika ini akan tetap berlaku. Malah, jika ianya dijalankan akan menjadi punca bisnes baru bagi mereka yang mengambil peluang. Justeru itu, mengapa memperbetulkan sesuatu yang betul dan kemudian diganti dengan cara baru yang mengundang masalah baru? 

Adalah elok jika sistem sekarang diperkemaskan termasuklah memberhentikan mereka yang tidak amanah yang sedang bekerja di jabatan itu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook