Latest News

Friday 2 October 2015

Pengundi Sabah Hanya 900 Ribu

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) kepada orang2 bukan Sabahans yang... Oleh FB Negara Sabah (screenshot)



JIKA dibandingkan dengan jumlah penduduk Sabah yang berjumlah 3.5 juta, jumlah rakyat yang telah berdaftar sebagai pengundi hanya merupakan 26  peratus. Sedangkan, jika menurut rekod kebangsaan peratusan jumlah pengundi adalah 47 peratus daripada keseluruhan rakyat.

Oleh kerana di Sabah hanya mereka yang layak sebagai pengundi yang mendaftar. Maka, jumlah pengundi tidak mencerminkan jumlah penduduk. Jika dikira jumlah penduduk sebenar Sabah diasaskan kepada jumlah pengundi. Maka, sebenarnya rakyat sebenar Sabah hanya berjumlah 2 juta iaitu lebihan tersebut merupakan rakyat asing yang berada di Sabah.

Mungkin yang dimaksudkan sebagai pengundi hantu tersebut adalah rakyat asing tersebut. Biarkanlah sebagai pengundi hantu kerana hantu tidak boleh mengundi.

Apa sahaja dakwaan selagi nama tiada dalam daftar pengundi, maka selagi itu orang atau individu tersebut tidak dapat mengundi.

Bagi mereka yang terlibat dalam pilihan raya, sesiapa sahaja yang disyaki 'pengundi hantu' tidak akan dapat melepaskan diri. Ini kerana sebelum seseorang itu diberikan kertas undi, tapisan di beberapa peringkat berlaku termasuklah agen-agen yang bertanding.  Pendek kata, terlalu sukar bagi pengundi hantu atau bukan warganegara dapat mengundi. Kecanggihan teknologi kini, memungkinkan penyemakan serta merta bagi setiap kad pengenalan diri yang dicurigai.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook