Latest News

Thursday 15 October 2015

Polis Pengiring Pun Kena Bersukan Juga!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Ada rakyat yg bersukan sambil diiringi polis Oleh FB Page BR1M Rasuah 1 Malaysia (screenshot)

Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) diadakan pada setiap minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Hari Sukan Negara merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di mana  ia adalah satu langkah pro aktif di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan negara  sebagai sebuah negara bersukan.

Pada sambutan itu, pelbagai aktiviti sukan diadakan serentak di kesemua negeri termasuklah di Sabah. Antara program dan aktiviti sukan yang diadakan adalah seperti aerobik, tarian line dancing, tai chi, fit ball, berbasikal, pameran interaktif, lompat tali, wall climbing, fit explore dan bermacam lagi.

Sedang semua orang sedang seronok menyertai program terbesar negara ini, ada juga page pembangkang sibuk sangat dengan spin cerita lagi. Tiada orang lain lagi yang menjadi mangsa jika bukan sasaran utama mereka adalah ketua menteri kita, Datuk Seri Musa Aman.

Gambar tersebut dimuat naik melalui page twitter @Barisanasional dengan post berkaitan Datuk Seri Musa Aman sedang menyertai acara Program Berbasikal Bebas Dadah peringkat negeri sempena sambutan tersebut.

Jika dilihat gambar itu, tiada isu yang boleh diceritakan atau sesuatu yang tidak senonoh hanya kerana beliau diiringi oleh polis pengiring yang juga turut berbasikal menyertai acara tersebut.
   
Sebenarnya, peserta HSN meliputi seluruh lapisan masyarakat termasuk pasukan keselamatan seperti polis sama ada yang bertugas atau sebaliknya. Dalam pasukan polis tersebut, jika dilihat adalah termasuk mereka yang bertugas memastikan kelancaran arus lalu lintas yang sedang digunakan.

Maka, mengapa perlu mempersoalkan Datuk Seri Musa Aman yang diiringi oleh polis? Sedangkan pasukan polis tersebut juga merupakan peserta dalam acara itu?

Sungguh kasihan dan menyedihkan!

Pemilik facebook tersebut sungguh benarlah terlalu sangat dengki dan tiada kerja lain yang boleh dimanfaatkan kerana perkara yang remeh-temeh seperti itupun masih juga dijadikan isu dan diperbesar-besarkan. Tahniah!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook