Latest News

Sunday 25 October 2015

Projek Gula Kuala Penyu

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)Apa sudah jadi Syarikat Gula Sabah Di Kuala Penyu Oleh FB Milin blok Jr (screenshot)

CADANGAN projek gula bagi Kuala Penyu sebenarnya cadangan mantan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Datuk Seri Lajim Haji Ukin. Cadangan itu bukan berasaskan kepada kajian yang mendalam akan tetapi hanya bersifat gimik.

Oleh kerana cadangan itu tidak mempunyai nilai ekonomi, maka dengan sebab itu sehingga kini tidak terlaksana.

Projek gula memerlukan ratusan hektar tanaman tebu sebagai bahan untuk industri tersebut. Meskipun tanah telah tersedia akan tetapi tanah yang dikenal pasti tidak sesuai untuk tanaman tebu komersial berikutan tidak dapat mendorong tanaman tebu untuk cepat dituai.

Bagi mendorong tanaman tebu agar cepat dituai, maka diperlukan baja yang banyak. Jika itu berlaku maka kos meningkat. Oleh sebab kos bagi penanaman tebu lebih tinggi berbanding pendapatan daripada pemerosesan tebu untuk dijadikan gula, maka industri tersebut disifatkan sebagai industri yang tidak berdaya maju.

Kenyataan individu tersebut hanya bersifat gimik dan bukannya berlandaskan kepada nilai ekonomi. Apa gunanya kerajaan membelanjakan ratusan juta untuk satu industri yang tidak berdaya maju? Fikir-fikiran!...
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook