Latest News

Friday 2 October 2015

PROJEK JKKK

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) In Sabah, always be like this under the umbrella of country so called MALAYSIA Oleh FB Doris Jones (screenshot)

UNTUK makluman Doris Jones di Malaysia, projek gotong-royong yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK) di mana projek seumpama itu mendapat bantuan daripada kerajaan atau wakil rakyat. Projek seumpama ini, biasanya bagi jalan-jalan kampung yang tidak digazetkan sebagai jalan untuk orang ramai melainkan jalan yang pada asalnya merupakan jalan kampung.

Untuk menjadikan jalan kampung tersebut mendapat peruntukan khas daripada kerajaan, maka pihak pejabat daerah atau kerajaan tempatan perlu memohon bersama justifikasi bahawa mengapa jalan seumpama itu perlu diselenggara atau dinaik taraf?

Pihak pejabat daerah atau kerajaan tempatan perlu menyenaraikan berapa ramai penduduk terlibat yang menggunakan jalan tersebut dan perlu menyebut klasifikasi dan spesifikasi jalan tersebut. Misalnya, apakah ianya jalan pertanian, jalan ladang atau hanya jalan perhubungan.

Biasanya, jalan pendek seperti ini merupakan jalan daripada rumah ke rumah penduduk yang lain. Oleh sebab itu, wakil rakyat memberi bantuan menerusi JKKK dan program gotong-royong yang dilaksanakan juga dilaksanakan sendiri oleh JKKK.

Di samping dapat membaiki jalan, penduduk kampung atau anggota JKKK juga mendapat tambahan pendapatan melalui projek gotong-royong tersebut.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook