Latest News

Saturday 17 October 2015

PROJEK PERSEKUTUAN UNTUK KOTA BELUD

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) :MP yang kerjanya pecah tanah dan pecah tanah sahaja... Oleh FB Sang Kelambai (screenshot)

SEJAK tahun 2013, berbagai projek persekutuan telah dirancang untuk daerah Kota Belud terutamanya oleh Menteri Kesejahteraan Bandar dan Perumahan dan Kerajaan Tempatan khasnya oleh wakil rakyat di kawasan itu Dato' Abdul Rahman Dahlan.

Kota Belud juga telah diumumkan sebagai kawasan kerajaan tempatan pertama di negara ini yang dimajukan berasaskan program lautan biru kebangsaan.

Projek Dataran Kota Belud merupakan satu projek bersifat riadah yang dicetuskan oleh Rahman bagi bertujuan keselesaan penduduk Kota Belud dengan beriadah bersama keluarga.

Dataran ini juga memudahkan belia atau golongan muda untuk mengembangkan bakat masing-masing melalui muzik jalanan khususnya di sebelah waktu malam.

Sesuatu pembangunan atau projek perlu melalui perancangan yang rapi. Setelah perancangan selesai disusun, maka barulah permohonan peruntukan dibuat bagi merealisasikannya. Sesuatu perancangan ada yang boleh dilaksanakan serta disiapkan dalam masa singkat. Namun, ada juga memerlukan masa yang panjang bergantung kepada kerumitan rancangan projek tersebut. Hal ini adalah kerana permohonan peruntukan adalah tidak semudah diperolehi seperti apa yang difikirkan.

Pemilik facebook tersebut mungkin saja terfikir jika membina sesebuah projek adalah semacam membuat roti canai. Maka tidak hairanlah hanya tahu memperli MP Kota Belud itu dengan panggilan 'menteri pecah tanah'.

Sesuatu projek ada masa tertentu untuk disiapkan sesuai dengan perancangan dan kerumitannya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook