Latest News

Monday 19 October 2015

Projek Perumahan Rakyat (PPR)

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) The sound of Borneo Oleh FB Page The future of Sabah/Sarawak and the Federation of Malayasia  (screenshot)

PROJEK Perumahan Rakyat (PPR) merupakan inisiatif Perdana Menteri bagi golongan isi rumah yang berpendapatan di bawah RM1500 sebulan. Perumahan jenis ini tertakluk kepada syarat-syarat tertentu untuk memilikinya. 

Sebagai rakyat biasa, kita dapat memiliki rumah mampu milik atas bantuan kerajaan yang peka terhadap isu pembelian rumah yang sering kali menjadi masalah pemilikan kepada golongan sederhana dan bawah.

PPR bukan seperti perumahan yang dibina oleh pemaju perumahan yang boleh dibeli sesiapa sahaja sebaliknya bagi PPR adalah rumah yang bersubsidi dan mereka yang layak memerlukan tapisan yang ketat.

PPR bukan sahaja dibina di Batu Sapi, Sandakan malah di merata tempat mengikut dan tertakluk kepada beberapa syarat yang telah dirancang oleh kerajaan negeri. Untuk kawasan Sandakan sahaja, terdapat  banyak perumahan seperti di Batu Sapi. Sebagai contoh,  PPR Taman Mesra, PPR Taman Murni, PPR Jalan Lintas Sibuga, PPR Pekan Muhibbah dan PPR Gum-Gum. 


Bagi PPR Batu Sapi. sebanyak 900 unit yang berkos RM149 juta akan dijangka siap pada Februari 2019.


Kelebihan PPR Batu Sapi pula, beberapa unit disediakan bagi rakyat atau golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Jangan samakan PPR dengan perumahan biasa yang dimajukan oleh pihak swasta kerana perumahan PPR adalah inisiatif kerajaan bagi memberi peluang kepada mereka yang sukar mendapat rumah kerana terbelengung dengan pinjaman bank dan sebagainya.

Jenis rumah PPR akan terus dibina di Sabah yang meliputi seluruh Sabah.

Untuk makluman pemilik facebook tersebut, Sabah di bawah teraju Datuk Seri Musa Aman akan terus meminta peruntukan daripada persekutuan untuk membina jenis rumah PPR kerana inilah caranya membantu isi rumah yang kurang berkemampuan.

Seperti kata Ketua Menteri, matlamat utama beliau agar semua rakyat Sabah memiliki rumah kediaman sendiri menjelang tahun 2020.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook