Latest News

Thursday 1 October 2015

PROJEK UDANG PITAS

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kolam ternak udang musa ni seluas 5000ekar Oleh FB Page Remove Musa Remove UMNO Sabah (screenshot)

PROJEK udang Pitas merupakan kerjasama antara syarikat milik kerajaan Inno Fisheries Sdn Bhd, anak syarikat Yayasan Sabah dengan Sunlight Seafood (Sabah) Sdn Bhd yang melibatkan 1,500 buah kolam.

Semasa merasmikan projek tersebut pada hujung tahun 2014, Ketua Menteri Sabah mengakui bahawa  projek ladang udang tersebut merupakan projek udang terbesar di Malaysia menjadi kebanggaan penduduk kawasan Pitas kerana menerima pakai model inklusif yang melibatkan kerjasama syarikat dengan masyarakat setempat.

Datuk Seri Musa Aman yakin bahawa  projek ini juga akan berupaya meningkatkan sosioekonomi rakyat khususnya di daerah Pitas dengan mewujudkan lebih banyak pekerjaan (lebih 3,000) dan menjana peningkatan sosioekonomi rakyat.

Projek itu melibatkan jumlah pelaburan bernilai RM1.23 bilion dengan pelaburan swasta sebanyak RM963 juta dan dana daripada Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) berjumlah RM268.2 juta.

Apabila projek tersebut siap sepenuhnya  rakyat akan mendapat manfaat dari segi limpahan pembangunan menerusi pembinaan jalan raya, bekalan elektrik dan air.
 

Projek Udang tersebut akan menjana Transformasi Ekonomi Daerah Pitas dan membantu rakyat khususnya golongan sasar keluar daripada belenggu kemiskinan selaras dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Dakwaan bahawa projek itu dimiliki oleh ketua menteri dan anak-anaknya adalah merupakan fitnah sama sekali! Projek udang tersebut merupakan salah satu tindakan kerajaan negeri di bawah teraju Musa bagi meningkatkan pendapatan rakyat di kawasan termiskin di Sabah tersebut.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook