Latest News

Tuesday 6 October 2015

RAKYAT BORNEO SUDAH MEMBUKA MATA & HATI PERIHAL MA63

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) SAMPAI MASANYA RAKYAT BORNEO MEMBUKA MATA & HATI Oleh FB Hera Sazria (screenshot) (screenshot)

PERJANJIAN Malaysia tidak melanggar tatacara undang-undang antarabangsa. Ada dua persoalan di sini di mana sekiranya Malaysia itu sendiri terbentuk dengan melanggar tatacara undang tersebut, di mana buktinya? Kenapa PBB mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka? Adakah itu satu paksaan atau larangan? Kedua, sekiranya dakwaan tersebut benar kenapa badan dunia sehingga hari ini tidak mengambil sebarang tindakan terhadap negara Malaysia khususnya pentadbiran kerajaan Malaysia sekiranya pembentukan ini haram?

Sebelum ini, memang diakui terhadap soal-soal yang berkait rapat oleh Perdana Menteri kita, Dato Seri Najib Razak di mana ada perkara yang gagal dihormati dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Namun, perkara itu bukanlah disengajakan kerana ianya bukan menyangkut dasar. Dasar dan pelaksanaan adalah perkara yang cukup berbeza bagi implementasi yang sama.

Ini kerana antara skop yang gagal dipatuhi itu adalah lebih bersifat pentadbiran, di mana berlakunya faktor manusia dalam penentuannya. Perkara ini adalah terutamanya meliputi infrastruktur, bekalan air bersih, elektrik mahupun pembangunan di pedalaman. Meskipun Sabah menyertai Malaysia lebih dari setengah abad, diakui faktor infrastrukturnya masih ketinggalan. Inilah yang dimaksudkan 'kegagalan' oleh Perdana Menteri. Implementasi dasar dan pelaksanaan mengikut acuan Perjanjian Malaysia 1963 tidak tercapai ditahap yang sepatutnya.

Hakikatnya, permasalahan yang dilihat mengapa Sabah agak mundur dari segi pembangunan adalah faktor 'timeline' sosiologi politik dalamannya yang beberapa kali bertukar kerajaan. Kerajaan adalah tunggak penting bagi memainkan peranan penting bagi mencorak rakyat dan masyarakat serta merancang semua pembangunan bagi mengisi masa depan bersama. Tetapi malangnya, lain pemimpin lainlah juga rancangan, tindakan dan hasilnya. Maka, ini sudah tentu menjadi faktor utama yang jelas dapat dilihat sebagai penentu kepada pembangunan dan kemajuan terhadap sebuah negeri yang ditadbir.

Oleh itu berbalik kepada panggal utama, tiada dalil atau bukti yang menyatakan Malaysia itu atau perjanjian tersebut telah melanggar kononnya tatacara undang-undang antarabangsa pada ketika itu.

Dakwaan di mana membangkitkan provokasi berikutan perjanjian ini telah terbatal dan hangus hanya semata kerana diwakili dan ditandatangani oleh dua pihak sahaja iaitu Penjajah British dan Persekutuan Tanah Melayu adalah sesuatu yang tidak beraras. Kenapa? Jawapannya ada di dalam laporan Suruhanjaya Cobbold dan isu status 'Internal Self Government' yang telah berulang kali diulas di sini. 

North Borneo (Sabah) dan Sarawak pada waktu itu tidak dapat mewakili dirinya kerana masih dikuasai oleh penjajah sehingga pembentukan pada tanggal 16 September pada tahun 1963. Memang benar British hanya memberikan Internal Self-Government kepada Sarawak pada 22 Julai 1963 dan North Borneo pada 31 Ogos 1963. Sehari sebelum tanggal keramat itu, bendera Union Jack hanya diturunkan pada tengah malam 15 September 1963 dan bendera Jalur gemilang berkibar pada 16 September 1963.

Memang diakui kebenarannya bahawa gabungan empat wilayah bukannya berasaskan status "negara" kerana pada masa itu hanya Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu sahaja yang berstatus negara. Manakala Sabah dan Sarawak hanya berstatus Internal self-government. Harus diingatkan status 'ISG' adalah terbatas dan tidak serupa seperti kelayakan sebuah negara merdeka yang mutlak. Oleh kerana Sabah dan Sarawak sudah menjadi negeri bebas (ertinya tidak dijajah lagi), maka memenuhi pensyaratan menyertai pembentukan negara baru.

Pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 ketika Setiausaha PBB iaitu U Thant daripada Burma (kini Myanmar) telah melawat Kuala Lumpur bagi menyampaikan pengiktirafan tersebut. Memandangkan badan dunia PBB telah mengiktiraf Malaysia sejak tahun 1963 lagi, maka tidak timbul lagi sebarang sengketa perundangan.

Jika masih ada pihak yang mengatakan bahawa MA63 adalah tidak sah, itu hanya telahan sendiri dan sesuatu yang difikirkan semula pada hari ini.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook