Latest News

Wednesday 7 October 2015

RASUAH, konteks individu dalam penerbitan dan dalang sindiket IC

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  Pengarah JPN Sabah diReman Oleh FB Page The future Of Sabah/Sarawak and the federaition of Malaysia (screenshot) 
(ii) Tanya umno-bn Sabah dibawah kepimpinan musa aman Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot) 


SPRM akan bertindak jika berlaku salah guna kuasa yang berkaitan dengan kewangan. Para pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang ditahan kerana didakwa menjual kad pengenalan Malaysia yang mencecah RM5,000 hingga RM15,000 sekeping.

Para pegawai yang ditahan tersebut dicurigai kerana menjadikan kedudukan mereka untuk memperkaya diri sendiri. Seperti mana berlaku pada tahun 90-an dimana beberapa individu miskin tiba-tiba menjadi kaya-raya kerana menjual kad pengenalan palsu *Kad pengenalan palsu adalah menggunakan kualiti yang sama dengan kad pengenalan namun data maklumat tidak dimasukkan ke dalam sistem pendaftaran.

AFS tidak ingin mengulas panjang terhadap kes reman timbalan pengarah JPN itu. Yang penting, kita sedia maklum bahawa beberapa orang yang terlibat itu sedang disoal siasat dan pastinya tidak mustahil tentang adanya penyalahgunaan kuasa yang mengakibatkan sindiket luar masih berleluasa dan terus menjana wang gelap.

Manakala mengaitkan dan menuduh secara liar terhadap kepimpinan Musa dan yang lain adalah sangat keterlaluan. Bagaimana pula? Sedangkan pada saat ini hanya pentadbiran Musa sahaja Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dapat diwujudkan bagi menyelesaikan isu PATI dan IC palsu yang sudah lama parah dan tandus di negeri bawah bayu ini. Kerajaan terus konsisten mengambil tindakan yang drastik dengan memburu, menangkap dan menghantar pulang PATI sebaik sahaja keputusan laporan RCI diumumkan pada 3 Disember tahun lalu.

Laporan RCI telah menyediakan laporan yang terperinci dan jelas menyatakan tiada keterlibatan kerajaan pada tahun-tahun sebelumnya ketika hangatnya isu IC palsu dan meraih pengundi hantu hebat diperkatakan. Sebaliknya, hanya beberapa individu sahaja yang terlibat langsung dengan sindiket IC pada ketika itu yang ada memegang jawatan tinggi sehingga bawah di JPN. Inilah konteks rasuah individu yang telah dikesan dalam penerbitan dan dalang IC di mana sindiket berjaya merekrut mereka dengan menjanjikan pulangan lumayan yang jelas bermotifkan kewangan.

Justeru itu, tindakan para pegawai yang tidak amanah ini sekali lagi menyebabkan kerajaan terpalit seperti mana dakwaan laman facebook tersebut. Sebagai pengetahuan, khususnya kepada pemilik facebook tersebut bahawa kerajaan telah membelanjakan berjuta ringgit untuk menjejak dan mengesan siapa dalang-dalang sebenar pengeluaran kad pengenalan haram kepada warga asing.

Untuk makluman juga kepada facebook tersebut, sejak Disember 2014, sebanyak puluhan juta telah dibelanjakan bagi tujuan operasi menjejak atau menangkap serta menghantar pulang warga asing dalam kategori status PATI. Ini termasuklah kepada mereka yang mendapat kad pengenalan yang tidak terdapat dalam sistem pendaftaran negara.

Wajarkah menulis demikian dan menuduh kerajaan negeri secara khusus akibat kegagalan yang simbolik sebagai dalang utama dan pemimpin kesemuanya durjana? Bagaimana dengan rakyat sendiri yang bersekongkol terutamanya peniaga, penyewa dan seumpamanya? Dan mungkin anda juga terlibat! Jangan hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Artikel tersebut lebih menunjukkan emosi kebencian dan sentimen terhadap kerajaan berbanding fakta-fakta yang benar dan telus berkaitan dengan isu yang ditulis.

Wahai page The future of Sabah, kamulah yang sepatutnya fikir-fikirkan apa yang anda tulis dan sebarkan! Jangan jadi suka hati suka badan menulis di laman sosial dan langsung terus menyalahgunakannya. Jika ya, anda bak serupa seperti orang yang langsung tidak bertanggungjawab!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook