Latest News

Thursday, 29 October 2015

STATUS SINGAPURA TERPENCIL: Atas Persetujuan Daripada Persekutuan

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) IF SINGAPORE CAN BE EXPELLED, CAN JOHOR, SABAH & SARAWAK SECEDE Oleh Web Malaysia Chronicle (screenshot) (screenshot) (screenshot) (screenshot)

DITENDANGNYA keluar Singapura pada bulan Ogos 1965 daripada Persekutuan Malaysia adalah atas persetujuan semua negeri-negeri. Ertinya, tiada sebuah negeri boleh dikeluarkan atau keluar daripada Persekutuan tanpa persetujuan daripada semua negeri-negeri. Demikian juga, tiada negeri-negeri yang boleh keluar daripada Persekutuan atas keinginan sendiri.

Bagi negeri-negeri yang beraja, sesebuah negeri itu jika ingin keluar daripada Persekutuan perlu mendapat persetujuan daripada raja-raja lain. Jika seorang rajapun membantah maka tindakan keluar daripada Persekutuan tidak boleh dilakukan.

Negara Malaysia adalah anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di mana ianya diiktiraf sebagai negara rasmi. Keadaan Malaysia tidak sama dengan negara-negara yang berpecah seperti USSR atau Yugoslavia kerana persekutuan tersebut wujud melalui gabungan beberapa negara. Manakala Malaysia, negeri-negeri yang membentuk negara mempunyai latar belakang yang sama khususnya negeri-negeri di Tanah Melayu. Mereka kelihatan terpisah antara satu sama lain hanya kerana tindakan penjajah. 

Kenyatan-kenyataan terkini wujud daripada berbagai pihak khususnya yang bersifat perpecahan dan tidak menguntungkan sesiapa, malah akan merugikan negara dan rakyat secara umum. Dalam dunia tanpa sempadan, kini memerlukan kumpulan besar untuk bersaing secara global dan atas sebab itu negara-negara di Asia Tenggara bergabung dalam ASEAN untuk bersaing secara global dalam sistem ekonomi dunia. Persekitaran ekonomi dunia tidak memungkinkan lagi untuk sesebuah negara memencilkan diri.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook