Latest News

Saturday 17 October 2015

TIADA REKOD PENIPUAN TERHADAP KENYATAAN POLITIK DATUK SERI SALLEH

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  Orang-orang Kota Belud semua penipu-penipu Oleh FB Page Remove Musa Remove UMNO Sabah(screenshot)
(ii) Kamu punya pemimpin si salleh keruak ni suruh kamu jadi penipu Oleh FB Page Remove Musa Remove UMNO Sabah(screenshot)
(iii) Undang-undang digubal untuk menutup kesalahan menteri Oleh FB Page Tulun Sabah(screenshot)

YANG sebenarnya yang menipu adalah pemilik page tersebut kerana boleh menggunakan perkataan  'menipu' kepada Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Dalam mana-mana rekod atau mana-mana kenyataan politik, Salleh tidak pernah berselindung atau menipu malah Menteri Komunikasi dan Multimedia itu merupakan seorang yang sangat gentlemen dan pemurah.

Dalam rekod rakyat Kota Belud, tidak pernah terlintas di fikiran mereka bahawa Salleh gemar menipu atau seorang kaki penipu! Namun, disebabkan pemilik page tersebut adalah benar-benar sang penipu maka atas sebab itulah boleh menuduh dan melabel seseorang itu penipu.

Alahai! Pencuri tidak akan mengaku sebagai pencuri. Apatah lagi si penipu, bukankah begitu wahai admin?

Sebenarnya, Salleh hanya mengulas berkaitan dengan kenyataan akhbar mengenai Tun Dr. Mahathir berhubungan dengan penahanan Dato' Khairuddin Hassan dan peguamnya Matthias Chang yang didakwa cuba mensabotaj negara.

Kenyataan Salleh adalah membandingkan antara zaman Tun Dr. Mahathir dan Dato' Seri Najib Razak di mana semasa Tun Mahathir berkuasa beliau tegar menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hanya semata-mata bertujuan untuk menahan musuh politik tanpa bicara dan itu adalah salah satunya. 

Sebaliknya, Dato' Seri Najib Razak hanya menggunakan Sosma  yang mana membolehkan seseorang itu masih boleh membela diri di mahkamah dan akan dibebaskan jika tidak bersalah. Perbezaan akta dan penggunaannya yang diterangkan adalah ringkas namun sangat jelas yang digunapakai oleh kedua-dua pemimpin itu.

Diharapkan warga pembaca dan netizen, silalah baca betul-betul tulisan tersebut dan jangan terlalu emosi. Sila siasat dan faham terlebih dahulu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook